Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2023: Cukai orang kaya ditambah, kemiskinan tegar dihapus

    Belanjawan 2023: Cukai orang kaya ditambah, kemiskinan tegar dihapus

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN meningkatkan cukai pendapatan individu untuk golongan terkaya dalam Belanjawan 2023. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari, meletakkan tema Membangun Malaysia MADANI untuk belanjawan kedua tahun 2023 itu.

    Menurut beliau, belanjawan tersebut mencerminkan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur yang mampu membawa negara mendepani cabaran semasa, termasuk cabaran ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan.

    Berikut Relevan senaraikan untuk anda 10 perkara utama berkenaan belanjawan kali ini.

    • Jumlah peruntukan meningkat

    Kerajaan memperuntukkan RM388.1 bilion dalam belanjawan kali ini, meningkat berbanding RM372.3 bilion peruntukan Bajet 2023 (yang dibentang kerajaan terdahulu pada Oktober) dan RM332 bilion peruntukan Bajet 2022.

    Daripada jumlah tersebut, RM289.1 bilion (74.5 peratus)  diagihkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion (25.5 peratus) lagi untuk perbelanjaan pembangunan. 

    • Defisit fiskal berkurang kepada 5 peratus

    Kerajaan berhasrat mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah berbanding jangkaan 5.5 peratus oleh kerajaan terdahulu. Ia juga lebih rendah berbanding paras 5.8 peratus yang dicapai pada 2022.

    Menurut Anwar, kerajaan bertekad mengurangkan tahap defisit fiskal yang mampan dalam  jangka sederhana dengan sasaran 3.2 peratus daripada KDNK menjelang 2025, tertakluk kepada pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh.

    • Pertumbuhan ekonomi 2023 dijangka 4.5 peratus

    Selepas mencatat pertumbuhan tinggi sebanyak 8.7 peratus tahun lalu, kerajaan menjangkakan pertumbuhan tahun ini akan lebih menyederhana dengan sasaran 4.5 peratus.

    Menurut Anwar, pertumbuhan tinggi yang dicatatkan tahun lalu disebabkan asas KDNK yang rendah pada 2021, akibat wabak Covid-19.

    “Bagi memberi gambaran penuh prestasi ekonomi, ia perlu dilihat bersama dengan pertumbuhan sukuan yang mencatat penurunan, iaitu 3.8 peratus pada suku pertama, 3.5 peratus (suku kedua), 1.9 peratus (suku ketiga) dan -2.6 peratus (suku keempat),” katanya.

    • Kutipan hasil 

    Kerajaan menjangkakan kutipan hasil pada 2023 adalah sebanyak RM291.5 bilion, lebih rendah berbanding RM294.4 bilion pada 2022. Namun, ia lebih tinggi berbanding jangkaan RM272.6 bilion oleh kerajaan terdahulu.

    Walau bagaimanapun, jumlah itu belum termasuk sumber hasil tambahan dan kerajaan yakin akan meningkatkan hasil tahun ini ke paras yang lebih tinggi.

    • Kementerian Pendidikan penerima tertinggi

    Kementerian Pendidikan menjadi penerima tertinggi untuk Belanjawan 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.5 bilion dalam Bajet 2022. Jumlah itu bagaimanapun sedikit rendah berbanding peruntukan dalam Bajet 2023, iaitu sebanyak RM55.6 bilion.

    Kementerian Kesihatan pula menerima peruntukan kedua terbesar, iaitu sebanyak RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion pada 2022. Jumlah itu juga lebih tinggi berbanding RM36.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2023.

    • Cukai orang kaya

    Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah tahun ini dengan nilai had tertentu mengikut jenis barang mewah. Ia termasuk untuk pembelian jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.

    Kerajaan juga akan mengkaji pengenalan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024 pada kadar yang rendah.

    Berkenaan cukai pendapatan pula, kerajaan mengambil keputusan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu untuk golongan M40. 

    Kadar cukai pendapatan golongan dengan pendapatan melebihi RM100,000 hingga RM1 juta pula dinaikkan antara 0.5 peratus sehingga dua peratus.

    • Cukai rokok elektronik

    Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair vape atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik. Separuh daripada hasil duti eksais tersebut akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

    • Miskin tegar layak terima STR sehingga RM3,100 

    Beberapa pembaharuan akan dilaksanakan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Melalui STR, isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

    Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

    Ini menjadikan keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

    • Menoktahkan miskin tegar

    Kerajaan berhasrat menghapuskan kemiskinan tegar yang melibatkan kira-kira 130,000 rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum. Untuk itu, kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya potensi pendapatan mereka dapat ditingkatkan.

    Kerajaan menyediakan peruntukan RM750 juta pada 2023 untuk menjayakan inisiatif tersebut.

    • Bantu pesawah padi dan pekebun kecil getah

    Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion. Sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan juga diberikan kepada pesawah padi untuk tempoh tiga bulan atau satu musim.

    Kerajaan juga berjaya berunding dengan  Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

    Bagi pekebun kecil getah, kerajaan bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.

    Sumbangan musim tengkujuh juga akan dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2023: Kapasiti kesihatan dioptimumkan
    Next Article Belanjawan 2023: Bantuan tunai dan subsidi menjadi perhatian utama

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.