Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tanda-tanda ahli politik sedang menipu

    Tanda-tanda ahli politik sedang menipu

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 17, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBAGAI rakyat yang celik politik, kita perlu selalu berwaspada dengan penipuan ahli politik. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    AHLI politik sangat sinonim dengan penipuan. Dari menipu fakta, memfitnah lawan dan memungkiri manifesto, semuanya dengan mudah dikaitkan dengan ahli politik.

    Ini menjadikan karier dalam politik sering dilihat kotor oleh ahli masyarakat yang ideal. Penglibatan dalam politik disamakan dengan perbuatan terjun dalam lumpur, seperti dalam kata-kata popular aktivis sosial Indonesia, Soe Hok Gie.

    Namun, rasa sangsi dan ketidakpercayaan terhadap ahli politik bukanlah sepenuhnya baik. Sebagai pemimpin negara, ahli politik memerlukan kepercayaan rakyat untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan.

    Maka, sebagai rakyat, apa yang kita perlu buat?

    Pertama, rakyat perlu sentiasa bijak dan berwaspada. Dalam menentukan sikap kita terhadap ahli politik, rakyat sendiri perlu mempunyai kesedaran dan pengetahuan politik yang tinggi.

    Kedua, ahli politik perlu diawasi, bukan untuk dibenci atau dipuja sepanjang masa. Jauhi rasa taasub dan percaya buta. 

    Untuk menjadi rakyat yang mampu bersederhana dan objektif dalam menilai ahli politik, kita perlukan pendidikan politik. Dan dalam siri pendidikan politik kali ini, Relevan mahu membantu anda memahami penipuan dalam politik dan tanda-tanda penipuan oleh ahli politik.

    Mengenal pasti bohong politik

    Perintis sains emosi dan ekspresi serta pakar pengesanan penipuan, Paul Ekman menjelaskan apa yang boleh dikira sebagai penipuan politik dan apa yang tidak.

    Pertama, penipuan diplomatik atau bohong sunat. Ekman memahami penipuan diplomatik sebagai penipuan yang jika terbongkar, tidak membawa ancaman kepada sesiapa. “(Kesalahan itu) boleh difahami, ia santun,” katanya.

    Baginya, penipuan diplomatik kebiasaannya tidak salah dan diperlukan. Ini tidak dikira sebagai penipuan politik.

    Kedua ialah janji-janji bebal. Ahli politik akan menjanjikan pelbagai perkara dalam pilihan raya tapi belum tentu mereka boleh melaksanakannya.

    Seorang ahli politik boleh berjanji yang dia tak akan memperkenalkan cukai baharu tetapi setelah mendapat kuasa, keadaan memaksanya untuk memperkenalkan cukai baharu.

    “Adakah dia menipu?” soal Ekman, lalu menyampaikan pandangannya: “Tidak, bagi saya itu sebuah janji yang bebal.”

    Mengambil contoh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H.W. Bush yang berbuat demikian, Ekman melihat beliau telah memungkiri janji tetapi mengaku bahawa janji itu dimungkiri dengan menjelaskan situasi negara yang memaksanya memungkiri janji tersebut.

    Ini juga bukan penipuan politik.

    Maka, bohong bagaimana yang dikira sebagai penipuan politik?

    “Dalam keadaan tanpa makluman atau jangkaan, anda menyembunyikan maklumat yang sepatutnya didedah atau anda memberikan maklumat yang palsu,” itu definisi penipuan bagi Ekman.

    Bocor rahsia

    Menurut Ekman, cara untuk mengenal pasti penipuan ahli politik adalah melalui lensa media.

    Katanya, tingkah laku dan kenyataan penting oleh para pemimpin didedahkan kepada umum melalui media percuma “yang mahu mendedahkan kesalahan maklumat”.

    Oleh itu, perhatikan tindak-tanduk atau kenyataan ahli politik anda dalam media. Penipuan ahli politik lebih mudah terbongkar apabila mereka ditanyakan soalan yang tidak dijangka.

    “Kebanyakan ahli politik sudah bersedia dan jika mereka bersedia, lebih sukar kita mahu dapatkan, apa yang saya panggil sebagai ‘kebocoran bukan lisan’, termasuk ekspresi mikro,” kata Ekman.

    Kebocoran bukan lisan merujuk kepada ekspresi muka yang terbocor, mendedahkan emosi sebenar seseorang apabila menjawab soalan. 

    Pengesanannya memerlukan penelitian dan kemahiran yang tinggi kerana kebiasaannya ‘kebocoran’ itu hanya berlaku dalam detik yang sangat sekejap; 0.04 saat menurut Ekman.

    Kadang-kadang ketika kita menonton ahli politik dalam televisyen, ada sesuatu pada ekspresi wajahnya yang mengganggu dan kita tak tahu mengapa. Untuk orang awam, mereka akan abaikan saja perasaan itu tetapi untuk pakar seperti Ekman, ia petanda besar yang perlu diteliti.

    Antara contoh kebocoran bukan lisan adalah apabila wajah seseorang menjadi tidak selari, terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan emosi berbeza. Misalnya, mulutnya tersenyum tetapi matanya kelihatan seperti mahu menangis.

    Semak kata-kata

    Mengesan perubahan pada ekspresi muka mungkin sukar untuk orang awam namun masih ada cara untuk kita mengenal pasti pembohongan ahli politik dan ia sangat asas: sentiasa menaruh prasangka kepada mereka. 

    Jadi seperti pasangan bercinta yang mahu menguji kesetiaan pasangannya. Apa yang dia kata, jangan percaya dahulu. Semak kebenaran pada kata-katanya.

    Sebab itu kita perlu elakkan sikap taasub dan wala’ buta pada pemimpin. Sikap ini hanya mengaburi pandangan kita daripada kebenaran.

    Menurut kajian oleh Kyle Mattes, Valeriia Popova dan Jacqueline R. Evans, klu paling jelas untuk mengenal pasti penipuan adalah apabila kenyataan yang diberikan bertentangan dengan sesuatu yang diketahui atau dipercayai benar.

    Boleh jadi, kenyataan itu terlalu pelik dan buruk atau terlalu baik dan bagus. Kata orang putih, too good to be true.

    Contohnya, apabila ada ahli politik kata rakyat negara ini boleh menikmati kadar cukai yang sangat rendah bersama perkhidmatan kesihatan dan pendidikan percuma. Malah, ada yang berjanji boleh menurunkan harga kereta sehingga dua kali ganda.

    Kenyataan ini terlalu baik, macam mahu letak kita di syurga dengan sangat mudah. Maka, ia patut disemak.

    Rujuk pakar ekonomi dan buat bacaan, adalah ia boleh dilakukan? Atau jika ada akses, minta ahli politik itu perincikan rancangannya. Pastikan janji mereka ada asas, bukan sekadar menjual air liur.

    Kalau betul mereka boleh laksanakan, kita tepuk tangan dan undi mereka. Jika tidak, kita sudah tahu jenis ahli politik bagaimana yang ada di hadapan kita.

    Ayat yang panjang meleret

    Ada satu perkataan dalam bahasa Inggeris, iaitu verbosity. Ia bermaksud penggunaan kata-kata yang terlalu banyak.

    Menurut koresponden sains sosial NPR, Shankar Vedantam, verbosity juga antara tanda penipuan oleh ahli politik.

    “Ada jenaka yang selalu disebut dahulu: bagaimana kita mahu tahu seorang ahli politik sedang menipu? Apabila bibirnya bergerak.

    “Nampaknya ada betul juga jenaka itu. Lebih lama bibir seorang ahli politik bergerak, lebih besar kemungkinan mereka menipu,” kata Vedantam.

    Berdasarkan sebuah kajian, menurut Vedantam, banyak maklumat tidak benar disebutkan ahli politik apabila mereka menggunakan ayat yang lebih panjang, baik dalam ucapan yang disediakan atau dalam keadaan yang agak spontan.

    Kajian tersebut dijalankan oleh saintis sosial di Universiti Milikin dan University Wisconsin. Mereka menganalisis beberapa ratus kenyataan yang dibuat oleh ahli politik yang diperiksa kesahihan maklumatnya oleh laman web PolitiFact.

    Namun, jelas Vedantam, ia hanyalah sebuah petanda. Tidak semestinya semua ahli politik yang menjelaskan sesuatu dengan panjang sedang menipu. 

    “Seperti kebanyakan perkara lain berkaitan tingkah laku manusia, tidak ada satu perkara yang dapat menjelaskan semuanya. Lebih baik, kita anggap ia sebagai petanda.

    “Seperti apa yang polis buat. Kalau mereka lihat ada kereta yang dipandu pada laluan yang salah, tidak semestinya pemandu itu sedang mabuk. Tapi ia jadi petanda yang pemandu itu mungkin mabuk dan perlu disiasat,” katanya.

    Kesimpulannya, tidak ada petanda yang boleh memastikan penipuan seorang ahli politik. Ia berkemungkinan berlaku, maka kita patut menyemak dan menyiasat.

    Yang penting, sebagai rakyat yang celik politik, kita perlu berusaha meningkatkan pengetahuan dan sentiasa mengawasi tindak-tanduk serta kenyataan ahli politik. 

    Kerana negara bukan hanya memerlukan ahli politik yang jujur, malah juga rakyat yang jujur. – RELEVAN

    Previous ArticleFakta Semesta: Makhluk kecil di lautan ini penyumbang oksigen terbesar untuk bumi
    Next Article Silaj alternatif makanan ternakan, jimat kos

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.