JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 237 kes semalam berbanding 200 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,040,087 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 215 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,993,758 kes.
Sebanyak satu kematian dilaporkan semalam dan ia merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,954 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,872 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,735 kes dengan 9,050 kes atau 96.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 317 kes atau 3.4% pesakit dirawat di hospital, 4 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 4 kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN