Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

    Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

    By January 25, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAFIZI bercakap dalam sidang akhbar Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022 di Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya. - FAISOL MUSTAFA/UTUSAN

    PENERBITAN data PriceCatcher dalam platform data OpenDOSM NextGen diharap dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat apabila berbelanja.

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, OpenDOSM NextGen yang dilancarkan Jabatan Perangkaan pada 12 Januari lalu mengandungi 28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi di seluruh negara daripada aplikasi PriceCatcher.

    Kata beliau, data PriceCatcher merupakan data terkini yang dikemas kini dengan selang waktu satu hari.

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?

    Penggunaan data tersebut untuk membandingkan harga bukan sahaja dapat membantu pengguna membuat pilihan tepat, malah menjadikan permintaan lebih anjal di samping mengawal kenaikan harga.

    “Pelbagai usaha lain juga telah dilaksanakan untuk mengawal harga di semua restoran dan gerai makanan di seluruh negara, namun terdapat cabaran dari sudut pelaksanaan pemantauan.

    “(Ini) disebabkan kapasiti pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang terhad,” katanya dalam kenyataan pada 25 Januari 2023.

    Menurut Rafizi, beberapa agensi kerajaan termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka strategi baharu sebagai penyelesaian menang pantas kepada isu kos sara hidup dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

    Jelas beliau, langkah untuk jangka panjang juga sedang diteliti bagi membolehkan jaminan bekalan makanan memenuhi permintaan dan seterusnya membantu mengawal kenaikan harga.

    Minggu lalu, Jabatan Perangkaan mengumumkan kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

    Bagi keseluruhan 2022, inflasi Malaysia adalah 3.3 peratus seperti yang diunjurkan Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.

    ARTIKEL BERKAITAN: Orang miskin paling terkesan kenaikan harga makanan

    Bagi perbandingan bulan ke bulan pula, inflasi Disember 2022 mencatatkan peningkatan 0.2 peratus, lebih rendah berbanding peningkatan 0.3 peratus pada November 2022.

    “Semua komponen utama Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kecuali komponen Restoran dan Hotel serta Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain.

    “Peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah, terutamanya di Restoran dan Hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi,” kata Rafizi.

    Beliau turut mengingatkan bahawa usaha untuk mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak, daripada kerajaan, peniaga sehinggalah rakyat.

    “Seperti mana yang disebutkan sebelum ini, kerajaan ingin mengingatkan bahawa pengguna boleh memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan antara permintaan dengan bekalan demi mengawal inflasi,” jelasnya. – RELEVAN

    DOSM featured harga barang kewangan

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.