Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

    5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

    By Umi FatehahJanuary 25, 2023Updated:February 21, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan. - GAMBAR HIASAN CHARLESDELUVIO/UNSPLASH

    KITA semua sedia maklum bahawa menjadi seorang ibu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tidak kiralah sama ada ibu yang bekerja atau ibu yang tinggal di rumah (stay-at-home-mom), membesarkan anak dan melakukan kerja-kerja di rumah merupakan pekerjaan sepenuh masa dan tiada penghujungnya.

    Meskipun ibu-ibu tidak dinafikan berasa letih dan penat melakukan tugas sebagai ibu dan isteri, ada juga di antara mereka yang ingin menjana pendapatan bagi meringankan beban suami dan mahu berusaha untuk menaik taraf hidup keluarga. 

    Tidak semua ibu berpeluang untuk mempunyai pekerjaan tetap dan tidak boleh hadir ke pejabat kerana perlu menjaga anak. 

    Tetapi, jangan risau. Terdapat beberapa jenis pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah dan lebih fleksibel dari segi masa.

    Berikut, Relevan senaraikan lima pekerjaan yang boleh dilakukan oleh ibu yang tinggal di rumah seperti yang dikongsikan oleh Woman’s Day.

    Ada juga ibu-ibu yang ingin menjana pendapatan bagi meringankan beban suami. – INFOGRAFIK OLEH HUSNI BAKRI

    1. Menulis transkrip

    Menulis transkrip atau transcriber sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai skil menaip yang laju dan mempunyai pemahaman tatabahasa sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang kukuh.

    Para ibu boleh mencari pekerjaan yang melibatkan penulisan transkrip di platform Indeed, LinkedIn atau boleh memohon terus di TranscribeMe. 

    Kebiasaannya, platform-platform ini akan menyenaraikan tugasan-tugasan bersama dengan tarikh tamat dan tahap kesukaran. Anda bebas untuk memilih mana-mana tugasan yang bersesuaian dengan masa dan kemahiran masing-masing. 

    Seperti yang dikatakan di bahagian pengenalan, anda tidak perlu hadir ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan ini. 

    Apa yang lebih menguntungkan ialah ada beberapa tugasan yang menawarkan bayaran dalam mata wang asing seperti dolar Amerika Syarikat (AS). 

    Sebagai contoh, tugasan ini menawarkan bayaran sebanyak AS$24. Jadi anda akan menerima bayaran dalam ringgit iaitu sebanyak RM102.53. Menguntungkan, bukan?

    2. Penterjemah

    Pekerjaan ini sesuai untuk seseorang yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa termasuk menulis, membaca dan bercakap. Sama seperti menulis transkrip, anda boleh mencari pekerjaan yang melibatkan penulisan transkrip di platform Indeed dan LinkedIn. 

    Bagi tugasan jenis ini, anda perlu menterjemah fail audio atau dokumen bertulis daripada satu bahasa ke bahasa lain untuk pelanggan atau klien. Sebagai contoh, menterjemah fail audio Bahasa Jepun kepada Bahasa Inggeris.

    Kebiasaannya, tugasan ini menawarkan bayaran harga tetap yang boleh berkisar antara AS$15 (RM64.08) hingga AS$1,000 (RM4,272) bergantung kepada bahasa yang diperlukan dan kesukaran tugasan.

    3. Pereka grafik

    Berbeza dengan kerja-kerja yang disebutkan di atas, kerja yang melibatkan rekaan grafik memerlukan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini. Anda juga perlu mahir menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.

    Namun, teknologi makin hari makin canggih. Platform Canva membuatkan urusan perekaan grafik menjadi lebih mudah. 

    Tetapi, tidak boleh sembarangan menggunakan Canva, dapatkan arahan yang lebih teliti daripada pelanggan dan klien sebelum mula membuat rekaan.

    Bayaran bagi tugasan ini berbeza mengikut kemahiran anda, saiz dan tahap kesukaran dalam menghasilkan rekaan tersebut. 

    Sekiranya anda memang pereka grafik yang profesional, mungkin anda boleh meletakkan bayaran yang tinggi. Tetapi sekiranya hanya pereka grafik sambilan, pastikan harga yang diletakkan bersesuaian.

    4. Editor, penulis dan pembaca pruf (proofreader)

    Pekerjaan ini sesuai bagi mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang bahasa seperti guru atau mempunyai pengalaman kerja dalam bidang ini.

    Kebiasaannya, anda perlu menyemak dokumen dan melihat sama ada hujah yang dibentangkan bersesuaian dan jika maklumat yang diperlukan mencukupi. 

    Selain itu, anda juga perlu menyemak struktur ayat, pilihan perkataan dan ejaan adalah betul. 

    Bagi penulis pula, syarikat dan jenama-jenama besar sentiasa mencari orang yang boleh menulis dan menyunting kandungan. 

    Kebanyakan kerja yang melibatkan penulisan ini fleksibel dari segi masa dan tarikh penghantaran. 

    Sekiranya mereka menetapkan tarikh penghantaran yang tidak bersesuaian dengan masa anda, jangan takut untuk menolak tawaran tersebut dan cari tawaran kerja yang lain.

    Bagi yang berminat, cari senarai tawaran kerja penulisan atau penyuntingan bebas di Indeed dan LinkedIn.

    5. Pemasar kandungan (content marketer)

    Pekerjaan ini sesuai bagi seseorang yang kreatif, mempunyai pengalaman dalam meningkatkan kesedaran jenama (growing brand awareness) dan boleh memandang jauh ke hadapan.

    Walaupun projek mungkin berbeza-beza berdasarkan matlamat syarikat, pekerjaan ini biasanya melibatkan penciptaan kandungan seperti penghasilan video, blog dan hantaran media sosial. Kemudian, anda perlu memuat naik dalam talian untuk penonton sasaran. – RELEVAN

    featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.