Facebook Twitter
    Trending
    • Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi
    • Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya
    • Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

      August 20, 2025

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025
    • Kewangan

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?

    Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?

    By Umi FatehahJanuary 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’? - GAMBAR HIASAN NARCISO ARELLANO/UNSPLASH

    MUMIA merupakan antara pameran paling popular di muzium di seluruh dunia. Dengan namanya yang begitu gah dengan sejarah yang tersendiri, filem blockbuster telah dihasilkan bertemakan mumia dan manusia Mesir purba. Antara filem yang menceritakan tentang mumia ialah siri The Mummy dan Gods of Egypt. 

    Menurut CNN, beberapa muzium di Britain kini menggunakan perkataan selain ‘mumia’ untuk menggambarkan pameran berkaitan manusia Mesir purba beribu tahun dahulu. 

    Sebaliknya, mereka mula menggunakan istilah seperti ‘orang yang dimumiakan’ (mummified person) atau menggunakan nama individu tersebut bagi menekankan bahawa suatu ketika dahulu, mereka menjalani kehidupan sebagai manusia.

    Penggunaan bahasa yang berbeza untuk bercakap tentang mayat manusia purba ini juga sebenarnya mungkin tidak boleh menyampaikan gambaran mumia 100 peratus dalam budaya dan dunia yang lebih moden. 

    Ia juga cenderung untuk melemahkan nilai kemanusiaan mumia ini melalui penceritaan latar legenda sumpahan mumia dan menggambarkan mereka sebagai ‘raksasa’ alam ghaib (supernatural monsters). 

    Seperti yang dipaparkan dalam filem The Mummy, mumia-mumia ini mempunyai kuasa luar biasa dan magis. Pengarah filem iaitu Stephen Sommers, mungkin ingin menampakkan kelainan dalam filem, oleh itu beliau menambah unsur fiksyen. Ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa nilai kemanusiaan mumia ini kurang dititikberatkan.

    Mayat mumia adalah orang yang pernah hidup. – GAMBAR HIASAN OLEH JAROSLAV MORAVCIK/ADOBE STOCK

    Penolong penjaga arkeologi di Great North Museum: Hancock di Newcastle, Jo Anderson, berkongsikan pendapatnya melalui penulisan dalam blog yang dikongsikan pada Mei 2021. Beliau menggariskan perubahan bahasa di muziumnya.

    “Walaupun pakar telah mengkaji cara yang paling sesuai untuk mempamerkan mayat manusia sejak 30 tahun lalu, penggunaan perkataan ‘mumia’ itu baru sahaja diperkenalkan,” kata penjaga Muzium British London di bahagian Mesir dan Sudan, Daniel Antoine.

    “Kami mempunyai mayat manusia dari seluruh dunia. Kami juga mungkin akan mengubah penggunaan istilah bergantung kepada bagaimana mayat itu diawet,” tambahnya.

    Antoine juga menjelaskan bahawa bagi mumia semula jadi dari Mesir zaman pradinasti, mereka akan dirujuk sebagai mumia semula jadi kerana mereka tidak dimumiakan secara buatan (artificially mummified). Ini bermaksud bahawa ada mumia yang lain diawet menggunakan ramuan dan proses yang tertentu.

    Menggunakan istilah ‘orang yang dimumiakan’ boleh memberi idea kepada orang ramai bahawa mereka ini juga pernah hidup sebagai manusia suatu ketika dahulu.

    “Penemuan awal daripada penyelidikan pelawat ke Muzium Great North: Paparan Hancock tentang mumia wanita Mesir yang dikenali sebagai Irtyru mendapati ramai pelawat tidak sedar bahawa dia adalah orang sebenar. 

    “Dengan mempamerkannya dengan lebih teliti dan sensitif, kami harap pengunjung akan melihat mayat ini sebagai manusia yang pernah hidup dan bukan hanya sebagai objek kajian.  

    “Manusia Mesir purba mempunyai kepercayaan yang sangat spesifik tentang mengapa manusia perlu diawet selepas kematian,” kata pengurus muzium, Adam Goldwater kepada CNN dalam satu kenyataan.

    Orang Mesir percaya bahawa jasad mumia adalah rumah bagi jiwa atau roh orang yang telah meninggal ini. Sekiranya jasad dimusnahkan, roh juga mungkin hilang dan tidak dapat bersemadi dengan tenang. 

    Mereka juga percaya bahawa terdapat kebarangkalian untuk hidup semula selepas kematian dan ini hanya boleh dilakukan jika mayat itu dipelihara dalam bentuk seakan-akan masih hidup. Justeru, mereka mengawet dan memumiakan mayat itu.

    Orang Mesir percaya bahawa jasad mumia adalah rumah bagi jiwa atau roh orang yang telah meninggal. – GAMBAR HIASAN JEREMY BISHOP/UNSPLASH

    Muzium British memberitahu CNN dalam satu kenyataan bahawa mereka tidak menyekat penggunaan istilah mumia dan ia masih digunakan di seluruh galeri mereka. 

    “Walau bagaimanapun, pameran terbaharu kami menggunakan istilah ‘mayat yang dimumiakan’ dan memasukkan nama orang yang telah dimumiakan. Ia bertujuan untuk menekankan bahawa mayat mumia adalah orang yang pernah hidup,” kata Goldwater.

    Sementara itu, jurucakap Muzium Negara Scotland di Edinburgh memberitahu CNN bahawa istilah ‘mumia’ adalah moden, bukannya kuno. Mereka juga menggunakan isitilah ini sebagai kata sifat deskriptif untuk objek. 

    Mereka menggunakan istilah mummy mask, mummy case dan mummy bandage pada label di pameran mumia. 

    “Seperti kebanyakan muzium, aspek penting koleksi dan cara kami mempamerkannya dibentuk oleh pemikiran dan tindakan imperial serta kolonial berdasarkan pemahaman perkauman dunia. 

    “Sebagai tindak balas, kami merenung bagaimana kami mewakili masa silam empayar dan penjajah untuk menceritakan kepada orang ramai. Kami juga melakukan beberapa perubahan pada label untuk menceritakan tentang sejarah dengan lebih tepat dan teliti,” tambah jurucakap itu.

    Jurucakap itu juga menambah, muzium itu mengubah panel yang mengiringi seorang lelaki mumia untuk memberi tumpuan kepada bagaimana Mesir purba digabungkan ke dalam idea tamadun Barat, membezakan antara warisan purba Mesir dengan Mesir moden. – RELEVAN

     

    featured mesir mumia pendidikan

    Artikel berkaitan

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025
    Artikel Terkini

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.