Facebook Twitter
    Trending
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Bagaimanakah teori ‘black hole’ digunakan untuk merentasi masa?

    Fakta Semesta: Bagaimanakah teori ‘black hole’ digunakan untuk merentasi masa?

    By Umi FatehahJanuary 19, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta Semesta: Bagaimanakah teori ‘black hole’ digunakan untuk merentasi masa?. - GAMBAR HIASAN NASA

    PEMINAT filem fiksyen sains pasti pernah menonton beberapa filem seperti Interstellar dan Star Trek yang memaparkan jalan cerita berdasarkan black hole atau lohong hitam. 

    Lohong hitam merupakan satu ruang di angkasa lepas yang mempunyai graviti sangat kuat sehinggakan apa-apa sahaja termasuk cahaya tidak dapat keluar daripadanya. 

    Merujuk kepada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) graviti lohong hitam menjadi sangat kuat disebabkan jirim-jirim di sekelilingnya dimampatkan ke dalam ruang yang kecil. Fenomena ini dikatakan sering berlaku dalam peristiwa kematian bintang.

    Seperti planet dan bintang, lohong hitam juga mempunyai medan graviti di sekelilingnya. Dengan adanya medan graviti, kita dapat terus berpijak atas bumi dan tidak terapung di angkasa. 

    Graviti jugalah yang memastikan kedudukan bumi sentiasa di dalam orbit dan paksinya serta bergerak mengelilingi matahari. Semakin besar objek, semakin kuat medan gravitinya.

    Menurut The Conversation, medan graviti lohong hitam sangat kuat sehingga cahaya pun tidak dapat lepas daripadanya. Perkara ini sangat mengagumkan kerana dalam dunia sains, cahaya adalah yang terpantas. Kalau cahaya juga tidak dapat melepasi lohong hitam, apatah lagi benda-benda lain?

    Bagaimana lohong hitam digunakan untuk merentasi masa?

    Teori relativiti yang diperkenalkan oleh Albert Einstein memperincikan bahawa jirim dan tenaga mempunyai kesan luar biasa terhadap alam semesta. Jirim dan tenaga mampu membengkokkan dan meregangkan ruang. 

    Lebih besar sesuatu objek, lebih luas ruang diregangkan dan dibengkokkan di sekelilingnya. Objek besar pula mencipta sejenis lembah di angkasa. Apabila objek datang dekat, mereka akan terjatuh ke dalam lembah.

    Boleh dikatakan sekiranya anda duduk dekat dengan mana-mana objek besar lain atau lebih spesifik lohong hitam, anda akan jatuh ke dalamnya. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa cahaya tidak dapat melepaskan diri dari lohong hitam. 

    Lembah yang dicipta oleh lubang hitam menjadi semakin curam apabila anda menghampirinya dari jauh. Titik di mana ia menjadi sangat curam sehingga cahaya tidak dapat melarikan diri dipanggil horizon peristiwa (event horizon).

    Dalam konteks yang lebih mudah, horizon peristiwa dimaksudkan dengan kawasan di sekeliling lohong hitam. Sekiranya terperangkap dalam ruang horizon peristiwa, tidak ada apa-apa langsung, termasuk cahaya dapat melepaskan diri.

    Apabila ruang diregangkan, masa juga akan diregangkan. Dalam keadaan ini, jika anda duduk berdekatan dengan objek yang besar, jam anda akan bergerak lebih perlahan. Sebaliknya berlaku jika anda duduk berdekatan objek yang kurang jisim.

    Merentasi ke masa hadapan

    Dalam konteks bagaimana lohong hitam boleh digunakan untuk merentasi masa, jam yang diletakkan berhampiran lohong hitam akan bergerak dengan sangat perlahan berbanding dengan jam di bumi. Seperti yang digambarkan dalam filem Interstellar, satu tahun di kawasan berdekatan lohong hitam boleh bersamaan dengan 80 tahun di bumi.

    Dengan cara ini, lohong hitam boleh digunakan untuk mengembara ke masa hadapan. Jika anda ingin melompat ke masa hadapan di bumi, terbanglah berhampiran lohong hitam buat beberapa ketika dan kemudian kembali ke bumi.

    Jika anda cukup dekat dengan bahagian tengah lohong hitam, jam akan berdetik lebih perlahan, tetapi anda masih boleh elakkan diri daripada ditelan lohong hitam selagi tidak melintasi horizon peristiwa.

    Kembali ke masa lalu

    Bagaimana pula jika mahu kembali ke masa lalu? Sebenarnya inilah permulaan kepada perkara menarik tentang lohong hitam dan masa. Lohong hitam membengkokkan masa sehingga ia boleh membalut dirinya semula.

    Untuk pemahaman yang lebih jelas, bayangkan sehelai kertas dan sambungkan kedua-dua hujungnya untuk membentuk sebuah gelung. Itulah apa yang lohong hitam mampu lakukan kepada masa.

    Ini mencipta mesin masa semula jadi. Jika terperangkap dalam gelung masa, anda akan berada pada trajektori melalui ruang yang bermula pada masa hadapan dan berakhir pada masa lalu. 

    Ada dua perkara yang anda perlu ingat. Pertama, untuk kembali ke masa lalu, ada hadnya. Anda hanya boleh mengembara pada tempoh masa lohong hitam itu dilahirkan sahaja. Misalnya, jika lohong hitam itu dilahirkan pada tahun 1890, anda hanya boleh kembali pada tahun selepas 1890 sahaja.

    Kedua, terdapat kemungkinan bahawa anda mungkin tidak dapat keluar daripada horizon peristiwa. Hal ini kerana, benda terpantas iaitu cahaya juga tidak dapat melepasinya. Ini bermakna, anda perlu bergerak lebih pantas daripada cahaya dan perkara ini boleh dikatakan mustahil untuk dilakukan. – RELEVAN

    Previous Article9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023
    Next Article 318 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026
    Artikel Terkini

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.