Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

    Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

    By Umi FatehahJanuary 16, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan. - GAMBAR HIASAN UTUSAN/KOSMO ISTERI MUDA PENGIKIS DUIT

    BERDASARKAN laporan The Edge Malaysia yang bertajuk ‘Finances of Malaysians worsening’, kira-kira lebih daripada separuh responden iaitu sebanyak 55 peratus daripada 3,144 responded membelanjakan tepat atau lebih daripada apa yang mereka peroleh setiap bulan.

    Lebih spesifik, sebanyak 22 peratus iaitu kira-kira 691 responden berbelanja lebih daripada gaji bulanan. Manakala 33 peratus responden (1,037 orang) kos berbelanja sama dengan gaji yang diterima. Baki 45 peratus lagi iaitu kira-kira 1,414 orang berbelanja kurang daripada pendapatan dan menyimpan wang selebihnya. 

    Kebanyakan pakar kewangan mengesyorkan satu perkara jika anda mahukan kestabilan kewangan iaitu berbelanja kurang daripada pendapatan. Walaupun konsepnya mudah, tetapi ia menjadi cabaran bagi sesetengah orang. 

    Pada hakikatnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan orang ramai berbelanja secara berlebihan daripada pendapatan bulanan.

    1. Terpengaruh dengan media sosial atau rakan sebaya

    Salah satu penyebab utama apabila seseorang berbelanja berlebihan adalah terikut-ikut dengan trend dalam media sosial atau pengaruh rakan. Biasanya, ini berlaku apabila seseorang berada dalam kumpulan rakan sebaya yang mempunyai jurang perbezaan kewangan. 

    Ada yang berpendapatan tinggi dan mengamalkan kehidupan gaya hidup mewah dan ada juga yang berpendapatan sederhana tetapi terpengaruh dengan gaya hidup mewah rakan lain sehingga memakan diri sendiri.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah terpengaruh dengan kehidupan mewah yang ditayang di media sosial

    Seseorang mungkin menganggap mereka perlu berbelanja lebih untuk bersaing atau untuk berada pada tahap yang sama dengan orang di sekelilingnya. Jika tidak, mereka mungkin merasakan seakan-akan ketinggalan atau tampil kurang mewah berbanding rakan yang lain.

    Walau bagaimanapun, pemikiran sebegini hanya akan memakan diri sendiri. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Berbelanja mengikut kemampuan, bukan untuk tampil mewah semata-mata.

    2. Inginkan kepuasan segera yang sementara

    Setelah penat lelah bekerja keras mencari wang, pasti setiap daripada kita mahu memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri. Ada yang suka berbelanja berlebihan atas alasan ia sebagai self-reward. Ia tidak salah, tetapi perlu berpada-pada.

    ARTIKEL BERKAITAN: Beri ganjaran kepada diri tetapi berhemah

    Ganjaran untuk diri sendiri itu perlu kerana ia boleh menjadikan sebagai motivasi untuk terus bekerja keras. Tetapi, anda dinasihatkan untuk jangan terus membuat keputusan terburu-buru. Fikir-fikirkan dahulu adakah ia berpatutan dan praktikal, atau ia hanya sekadar kegunaan buat sementara sahaja.

    3. Kurang kesedaran terhadap keadaan kewangan peribadi

    Apabila seseorang mempunyai kesedaran yang rendah dalam kedudukan kewangan masing-masing, mereka secara tidak sedar telah berbelanja secara berlebihan. 

    Dalam kebanyakan kes, ini berlaku apabila seseorang tidak mempunyai perancangan belanjawan dan tidak memantau aliran keluar masuk wang, menyebabkan mereka tidak mengetahui jumlah wang yang mereka ada dan yang telah dibelanjakan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kurang pengetahuan faktor gagal urus kewangan

    Oleh itu, penting untuk mempunyai kesedaran terhadap keadaan kewangan masing-masing dan terapkan tabiat memantau setiap perbelanjaan yang dilakukan. 

    4. Sukar mengatakan ‘tidak’

    Terdapat beberapa kes, orang bergelut dengan perbelanjaan berlebihan kerana menggalas tangungjawab yang besar untuk menggembirakan orang lain. 

    Sesetengah orang sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada pasangan, anak, ibu bapa atau rakan, terutamanya apabila permintaan itu kelihatan munasabah atau ia akan membawa kegembiraan kepada orang lain.

    Jika berkata ‘tidak’ akan menyusahkan orang lain, mereka mungkin memilih untuk berbelanja berlebihan hanya untuk memastikan kebahagiaan orang lain. 

    Keadaan ini juga dipanggil sebagai people pleaser. Tetapi, ketika mahu menggembirakan orang lain, adakah diri sendiri juga gembira?

    5. Berbelanja berlebihan sebelum gaji masuk

    Terdapat banyak situasi di mana seseorang itu mempunyai fikiran seperti, “tidak mengapa, nanti hujung bulan dapat gaji juga” sebelum berbelanja. 

    Memang gaji akan masuk seperti biasa hujung bulan nanti, tetapi jika anda berbelanja tanpa perancangan yang teliti, bagaimana mahu hidup sebelum gaji dikreditkan?

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan

    Ada juga sesetengah situasi di mana pekerja menerima bonus tahunan. Tetapi sebelum wang bonus itu dimasukkan, dia sudah berbelanja mewah. Mungkin ia nampak seperti bukan satu masalah yang besar, tetapi kita tidak dapat menjangka apa akan jadi sebelum dapat bonus tersebut.

    Isunya ialah tiada yang benar-benar pasti dalam situasi ini. Bonus boleh berubah-ubah untuk pelbagai sebab. Kod cukai sentiasa berubah, mengubah jumlah hutang seseorang. 

    Akibatnya, membelanjakan wang sebelum ia tiba boleh menyebabkan perbelanjaan berlebihan secara tidak sengaja jika jumlah yang diterima akhirnya kurang daripada yang dijangkakan. – RELEVAN 

    Previous ArticleTiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.