Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pantun: Pusaka Melayu yang diiktiraf antarabangsa

    Pantun: Pusaka Melayu yang diiktiraf antarabangsa

    By FAHMI FAIZApril 11, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BUDAYA pantun banyak diamalkan dalam majlis-majlis seperti perkahwinan dan majlis rasmi. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SETIAP tutur katanya yang sarat pedoman, laksana mestika gamat. Bicara tokoh ini lunak dengan mantik dan disebutnya sebutir-sebutir secara perlahan. Hal ini memudahkan si pendengar mencerna maksud yang disampaikan.

    Pengalamannya sebagai negarawan yang pernah memberi bakti kepada tujuh Perdana Menteri, menguatkan sukma untuk membudi demi menjamin hayat tamadun Melayu tak terkubur tanpa nisan.

    Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Dr Rais Yatim bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

    Bertepatan dengan pengalamannya sebagai budayawan ulung, Rais berkongsi analisis tentang satu warisan bangsa yang hampir ditalkinkan, iaitu pantun.

    Sejarah pantun

    Jelasnya, pantun satu bentuk penzahiran idea melalui lisan, menggabungkan bahasa yang murni, halus dan indah. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Sasterawan Negara ke-15, Abdul Rahman Shaari

    “Ia tercetus selama bangsa Melayu itu belum mendirikan kerajaan Srivijaya lagi. Seperti diketahui, Srivijaya bermula pada abad keenam Masihi, tapi pantun Melayu dapat dirakamkan sebelum itu lagi.

    “Ini dibuktikan melalui tulisan di atas batu di Sungai Langsat, Batu Kapur, Palembang dan Selatan Acheh, yang menjangkau jauh sebelum tahun-tahun Masihi lagi,” katanya.

    Falsafah pantun

    Menurutnya yang juga penulis buku “Pantun dan Bahasa Indah: Jendela Budaya Melayu“, pantun satu warisan silam yang tak tertanding nilainya.

    Dalam pantun, ujarnya terkandung pelbagai harakat pemikiran serta subjek penuh falsafah, tujuan serta pembayang.

    “Ia pusaka lama dan satu-satunya nisbah cerdas minda kepada bangsa Melayu di Nusantara. Ini ditajamkan lagi sewaktu bangsa Melayu itu masih tertakluk oleh budi dan pekerti halus. 

    “Bermaksud pada waktu itu, tutur dan lisannya terangkum oleh persekitaran beraja, beristana, berbendahara dan mempunyai orang besar dalam pelbagai domain kehidupan orang Melayu,” katanya.

    Ilham alam sekitar dan cakerawala

    Jelasnya, pantun pada waktu itu mengambil falsafah dari alam sekitar, selain kelakuan manusia serta cakerawala. 

    Memberi contoh, beliau berkata antara ungkapan pantun dahulu kala yang tepat dengan ciri disebutkan, termasuklah yang berikut:

    Pisau raut bongkok di hulu, 
    Bentang tilam tengah halaman,
    Pasir dan laut menjadi guru, 
    Alam terbentang jadi pedoman.

    Mengulas mantik di sebalik pantun itu, beliau berkata ia cerminan pekerti orang Melayu yang sentiasa hormat dan mengambil iktibar daripada alam sekitar mereka.

    “Kalau dari cakerawala pula, mereka mengambil bidalan seperti berikut: Terang bulan di alam maya, kilatnya sampai di Kampung Tanjung. Berkhidmat tak minta dibayar, berjuang tak minta disanjung.

    “Itu contoh yang saya boleh beri, menunjukkan tingginya mantik, pemikiran dan olahan bahasa indah orang Melayu,” ujarnya.

    Lambang keindahan berkomunikasi

    Rais berkata, pantun jadi lambang keindahan komunikasi zaman lampau.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 puisi buat anda di hari puisi

    “Orang Melayu ketika itu, susulan masih diselimuti budi dan pekerti yang tinggi, mereka lebih berminat menyampaikan sesuatu dengan hormat dan tertib.

    “Mereka banyak bertamsil dan menggunakan pembayang serta perbandingan, malah diserikan dengan perumpamaan serta dalil dalam pantun,” katanya.

    Budaya yang kian terkubur

    Pun begitu, katanya kemurnian berpantun kini sudah hilang seri dan dilihat janggal kalau diamalkan.

    “Ini silapnya pemerintah. Silapnya dari sudut pendidikan tanah air. Saya sebagai salah seorang yang pernah berkhidmat di bawah tujuh Perdana Menteri, saya dapati pelajaran pantun ini dinyahkan oleh kerajaan.

    “Bayangkan, semasa zaman British, keadaan sebaliknya berlaku. Pantun diangkat sebagai salah satu pengisian penting pendidikan. 

    “Misalnya, dalam silibus zaman British dahulu, pernah diajar pantun berikut: Buai laju-laju, sampai pokok sena. Apa kalau nak maju, silalah buat macam Cina. Maksudnya, dahulu British suruh orang Melayu ini berkawan baik dengan Cina,” katanya.

    Unesco dah iktiraf, kerajaan bila lagi?

    Menghambur selautan harapan, beliau berkata pantun harus dimartabat demi mendirikan kembali kesantunan dan nilai budi orang Melayu.

    “Sebagai makluman, kira-kira dua bulan lalu, Unesco sudah iktiraf pantun sebagai salah satu warisan dan ciri indah budaya Melayu. Maka kerajaan harus ambil berat usaha mendaulat dan membudayakan kembali tradisi lisan yang indah ini,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    Dalam laman web rasmi Unesco  melalui rencana berjudul “Pantun“, pihak Unesco menyebut dengan jelas, bahawa pengiktirafan mereka terhadap pantun susulan nilai pekerti tradisi lisan itu yang sangat tinggi. 

    “Pantun adalah satu cabang lisan untuk berkomunikasi dengan tertib. Ia instrumen penting dalam memudik moral masyarakat, sementelah lagi dalam pantun banyak terkandung nilai agama dan budaya. Malah, pantun juga berperanan sebagai jambatan diplomasi bagi meredakan satu-satu konflik,” kata Unesco. – RELEVAN

    *Artikel ini disiarkan di Mingguan Malaysia pada 7 Februari 2021

    bahasa Melayu featured pantun pendidikan sastera
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.