ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 571 kes semalam berbanding 433 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,028,794 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 696 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,980,364 kes.
Sebanyak tujuh kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,866 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,856 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,564 kes dengan 10,945 kes atau 94.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 581 kes atau 5% pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 18 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN