Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ramai didiagnosis tahap akhir, pakar kongsi 6 tanda awal kanser mulut

    Ramai didiagnosis tahap akhir, pakar kongsi 6 tanda awal kanser mulut

    By Zubaidah IbrahimDecember 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBIH separuh daripada pesakit kanser mulut didiagnosis pada tahap empat yang mana kanser berada pada tahap paling berkembang.- GAMBAR HIASAN/KARLYUKAV/FREEPIK

    KES kanser mulut semakin meningkat di United Kingdom (UK) dan baru-baru ini menunjukkan bahawa bilangan orang yang menghidap penyakit itu telah bertambah lebih daripada satu pertiga.

    Yayasan Kesihatan Mulut (OHF) mendedahkan bahawa 8,864 orang di UK telah didiagnosis dengan kanser mulut tahun lepas yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 10 tahun lalu.

    Menurut OHF, lebih separuh daripada pesakit kanser mulut didiagnosis pada tahap empat yang mana kanser berada pada tahap paling berkembang.

    Doktor gigi kosmetik dan ketua klinikal di SmileStraight, Sundeep Patel, memberitahu Mirror, peningkatan kes kanser mulut dan oral di UK  sangat membimbangkan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kanser prostat membunuh dalam setiap 45 minit – Relevan

    “Oleh itu, adalah sangat penting untuk meningkatkan kesedaran agar orang ramai mengesan sebarang gejala kanser mulut lebih awal.

    “Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh perubahan dalam tabiat gaya hidup orang ramai. Merokok dengan tembakau, tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi serta minum alkohol.

    “Minuman alkohol telah dikaitkan dengan satu pertiga daripada kes kanser mulut,” jelasnya.

    Sehubungan itu, Sundeep kongsikan enam tanda awal kanser mulut yang perlu diberi perhatian seperti berikut:

    1. Rasa tebal di dalam tekak

    Gejala awal kanser mulut selalunya terasa seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di kerongkong atau rasa tebal di dalam tekak.

    “Mungkin ini agak samar, tetapi cuba anda lihat cara tekak merasa makanan ketika anda menelan.

    “Anda mungkin merasa lebih sukar untuk menelan atau cara anda menelan telah berubah. Anda juga mungkin mengalami sakit tekak.” ujar Sundeep

    2. Perubahan vokal atau suara menjadi serak

    Perubahan vokal dan suara anda serak adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena, selalunya mungkin lebih sukar untuk bercakap dengan suara yang lebih rendah atau anda mungkin mengalami kesukaran untuk bercakap dengan kuat.

    Anda juga mungkin mendapati bahawa perlu berdeham lebih kerap.

    ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 70 peratus wanita didiagnosis pada tahap 3 dan 4 kanser ovari – Relevan

    3. Nodus limfa bengkak

    Bengkak pada satu atau lebih nodus limfa di leher adalah simptom awal yang biasa bagi kanser mulut dan orofarinks.

    Jika benjolan kelihatan semakin besar, anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

    4. Kesukaran mengunyah, menelan atau bercakap

    Kanser mulut boleh menjejaskan cara kita melakukan perkara biasa menerusi mulut.

    “Menelan mungkin menjadi lebih sukar begitu juga ketika mengunyah.

    “Anda mungkin berasa sakit ketika mengunyah atau perasaan bahawa gigi anda tidak berasa selamat. Bercakap juga mungkin menjadi sukar.” tuturnya lagi.

    5. Sakit di telinga dan sakit kepala

    Anda mungkin perasan bahawa telinga terasa tersekat atau mengalami masalah pendengaran.

    Sakit telinga juga dikaitkan dengan tanda-tanda awal kanser mulut.

    “Anda juga mungkin mendapati bahawa mengalami sakit kepala yang teruk berbanding biasa” tambah pakar itu.

    6. Kebas dalam mulut

    Rasa kebas yang berterusan dan tidak dapat dijelaskan atau perasaan ganjil pada bibir, lidah atau dalam mulut boleh menjadi petanda kanser mulut.

    – RELEVAN

    Previous Article10 langkah untuk mencapai matlamat kerjaya pada tahun 2023
    Next Article Penyelidik ramal ekonomi dunia menuju kemelesetan pada 2023

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.