Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penyelidik ramal ekonomi dunia menuju kemelesetan pada 2023

    Penyelidik ramal ekonomi dunia menuju kemelesetan pada 2023

    By Umi FatehahDecember 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENYELIDIK ramal ekonomi dunia menuju kemelesetan pada 2023. - GAMBAR HIASAN MARKUS SPISKE/UNSPLASH

    PUSAT Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR) meramalkan dunia bakal berhadapan dengan kemelesetan ekonomi pada 2023. Ini ekoran peningkatan kos pinjaman yang dikatakan sebagai salah satu usaha bagi menangani inflasi dan menjejaskan kestabilan ekonomi.

    Buat pertama kalinya, ekonomi global melepasi AS$100 trilion (RM442.3 trilion) pada 2022.  Namun, pakar menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan terhenti pada 2023 apabila penggubal dasar meneruskan usaha menentang kenaikan harga, kata organisasi perunding British itu dalam World Economic League Table.

    “Ekonomi dunia bakal menghadapi kemelesetan pada tahun hadapan disebabkan kenaikan kadar faedah bagi mengatasi kadar inflasi yang lebih tinggi,” kata Pengarah dan Ketua Ramalan di CEBR, Kay Daniel Neufeld.

    Menurut laporan itu juga, usaha bagi mengurangkan inflasi masih belum berjaya sepenuhnya. Mereka menjangkakan bank pusat akan terus berusaha mengurangkan mengurangkan inflasi pada 2023 meskipun akan melibatkan kos ekonomi yang tinggi.

    Kos untuk menurunkan inflasi pula dikatakan mungkin akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih buruk untuk beberapa tahun akan datang.

    Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan amaran pada Oktober lalu bahawa lebih satu pertiga daripada ekonomi dunia akan merosot. Jika dibandingkan dengan ramalan yang dikeluarkan oleh IMF, hasil kajian ini bersifat lebih pesimis.

    Amaran daripada IMF menyatakan bahawa terdapat 25 peratus kemungkinan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global berkembang kurang daripada dua peratus pada 2023, yang ditakrifkan sebagai kemelesetan global.

    Namun, menjelang 2037, KDNK dunia dijangka akan meningkat dua kali ganda apabila negara dengan ekonomi membangun mula mengejar pertumbuhan negara-negara maju. 

    Imbangan kuasa yang beralih akan menyaksikan rantau Asia Timur dan Pasifik menyumbang lebih satu pertiga daripada pengeluaran global menjelang 2037, manakala bahagian Eropah susut kepada kurang daripada satu perlima.

    CEBR mengumpulkan data daripada Tinjauan Ekonomi Dunia oleh IMF dan menggunakannya sebagai rujukan bagi meramalkan pertumbuhan, inflasi dan kadar pertukaran.

    China kini masih belum bersedia untuk mengatasi AS sebagai ekonomi terbesar dunia sekurang-kurangnya menjelang 2036 iaitu enam tahun lewat daripada jangkaan. 

    Keadaan ini mencerminkan bahawa dasar sifar Covid-19 yang diperkenalkan China dan ketegangan perdagangan telah memperlahankan perkembangan ekonominya.

    CEBR pada asalnya menjangkakan peralihan China menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia pada 2028 namun dianjakkan kepada 2030 dalam jadual liga ekonomi tahun lepas. 

    Pakar menjangkakan peralihan ini mungkin tidak akan berlaku sehingga 2036 dan wujud kebarangkalian ia akan berlaku lebih lewat sekiranya Beijing cuba mengawal Taiwan dan berdepan dengan sekatan perdagangan balas.

    “Kesan peperangan ekonomi antara China dan Amerika Syarikat (AS) dijangka akan menjadi beberapa kali ganda lebih teruk berbanding kesan serangan Rusia ke atas Ukraine kepada ekonomi. 

    “Sekiranya peperangan ekonomi antara China dan AS semakin berlanjutan, terdapat kemungkinan bahawa kemelesetan dunia akan berlaku lebih teruk dan akan menyebabkan kelahiran semula inflasi,” kata CEBR.

    CEBR juga menambah bahawa kesan peperangan ini kepada China akan menjadi berkali-kali ganda lebih teruk dan akan menjejaskan sebarang percubaan negara itu untuk menjadi peneraju ekonomi dunia.

    Selain itu, CEBR juga menyenaraikan beberapa ramalan seperti berikut:

    1. India akan menjadi negara ketiga dengan saiz ekonomi nilai AS$10 trilion (RM44.2 trillion) pada 2035 dan negara ketiga terbesar di dunia menjelang 2032.
    2. UK akan kekal sebagai ekonomi keenam terbesar di dunia manakala Perancis di kedudukan ketujuh dalam tempoh 15 tahun akan datang. Tetapi Britain masih belum bersedia untuk berkembang lebih cepat daripada negara-negara Eropah lain kerana ketiadaan dasar berorientasikan pertumbuhan dan kekurangan visi yang jelas tentang peranannya di luar Kesatuan Eropah.
    3. Ekonomi baru muncul dengan sumber asli akan mendapat rangsangan yang besar kerana bahan api fosil memainkan peranan penting dalam peralihan kepada tenaga boleh dibaharui.
    4. Ekonomi global adalah jauh daripada paras KDNK per kapita iaitu pada AS$80,000 (RM353,840) di mana pelepasan karbon akan berkurangan. Ini bermakna campur tangan dasar lanjut diperlukan untuk mencapai sasaran bagi mengehadkan pemanasan global kepada hanya 1.5 darjah di atas paras praindustri. – RELEVAN
    ekonomi featured kewangan
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.