Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiga bucu retorik untuk jadi penghujah yang baik

    Tiga bucu retorik untuk jadi penghujah yang baik

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 23, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KUASAI tiga bucu retorik Aristotle untuk menjadi penghujah yang baik.

    KEMAHIRAN berhujah bukan eksklusif untuk mereka yang menyertai pertandingan debat dan bahas atau profesion tertentu seperti peguam sahaja. Ia penting dan bermanfaat untuk sesiapa sahaja.

    Kemahiran pengucapan awam dikatakan sebagai antara ciri penting seorang pemimpin. Kemahiran memujuk dan mempengaruh juga diperlukan di pelbagai peringkat pekerjaan.

    Mudah kata, kita punya potensi yang besar jika mampu berhujah dengan baik. Kita boleh menjadi pemimpin yang baik atau aset yang besar dalam organisasi kerja.

    Pemimpin-pemimpin negara seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin yang mempunyai kemahiran berhujah yang baik.

    Sebahagian mereka dilatih sebagai orator ketika zaman sekolah dan universiti, tidak hairanlah mereka mampu berhujah dengan sangat baik.

    Tanpa menjalani latihan formal pun anda boleh menguasai ilmu berhujah. Ia dimulakan dengan memahami asas-asas berhujah.

    Segi tiga retorik

    Antara konsep yang popular dalam pengucapan awam ialah segi tiga retorik yang diasaskan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.

    Segi tiga retorik ini menggabungkan tiga elemen yang penting dalam pengucapan (juga dalam pemujukan) iaitu ethos, pathos dan logos. 

    SEGI tiga retorik Aristotle

    Ethos

    Ethos merujuk kepada kredibiliti dan reputasi penghujah. Kedua-dua ciri ini boleh diserlahkan melalui gaya, penampilan dan bahasa tubuh penghujah.

    Bayangkan anda berhadapan seseorang yang berpenampilan selekeh, sering tergagap dan selalu menundukkan kepada ketika bercakap, adakah anda yakin dengan hujahnya?

    Walaupun kita tidak patut menghakimi seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata, ethos memainkan peranan penting sebagai pemangkin kebolehpercayaan. Dengan penampilan dan gaya yang meyakinkan, orang akan tertarik untuk mendengar hujah kita.

    TIDAK perlu terlalu bergaya, penampilan yang ringkas dan kemas juga sudah cukup untuk meningkatkan ethos seorang penghujah. – GAMBAR HIASAN/MATHEUS BERTELLI (Pexels)

    Ethos juga melibatkan kredibiliti, iaitu kualiti yang membolehkan orang percaya atau yakin dengan kita. Mudahnya, siapa kita di mata orang?

    Jika kita ada ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi, orang akan percaya pada kemampuan kita membahaskan isu ekonomi. Begitulah kredibiliti berfungsi.

    Kadang kala, kredibiliti mengatasi gaya dan penampilan. Ahli falsafah Slovenia, Slavoj Zizek merupakan contoh terbaik. Penampilannya selekeh, tutur katanya tidak jelas tetapi dia sering menjadi rujukan dalam isu falsafah dan budaya kerana kredibiliti akademik dan pengetahuannya dalam bidang tersebut.

    Pathos

    Secara asasnya, hujah ialah propaganda. Kita cuba mempengaruhi pendengar melalui susunan idea dan teknik ucapan. Sebab itu, mempengaruhi emosi pendengar merupakan ciri signifikan dalam penghujahan.

    Pathos merujuk kepada kesan emosi penghujahan terhadap pendengar.  Bagaimana kata-kata penghujah menjentik emosi dan merangsang imaginasi pendengar.

    Penghujah yang memberi perhatian kepada pathos akan menyusun hujahnya dengan penceritaan yang berkesan. Teknik-teknik seperti analogi, metafora dan nada suara yang dinamik memainkan peranan penting dalam penghujahan yang menyasarkan emosi.

    Dalam kalangan ahli politik Malaysia, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mempunyai kebolehan pathos yang tinggi. Beliau mampu menghibur emosi melalui humor dan berkongsi kemarahan dengan nada suara yang menggoncang.

    Logos

    Ethos menyasarkan diri penghujah, pathos menyasarkan pendengar. Bucu terakhir, iaitu logos pula menyasarkan kandungan hujah.

    Logos merupakan ciri-ciri logik dalam hujah. Berbanding pathos, logos lebih menyasarkan fikiran berbanding emosi. Disebabkan itu, hujah-hujah yang disampaikan perlu mempunyai taakulan dan sokongan fakta yang kukuh.

    Untuk menguasai logos, penghujah perlu faham tentang isu yang dihujahkan dan berupaya membuat penyelidikan yang menyeluruh untuk mendapatkan data serta fakta yang menyokong hujahnya.

    Ucapan ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani dalam Parlimen baru-baru ini merupakan contohnya ucapan dengan logos yang baik. 

    Penghujah yang berpengaruh

    Kita perlu berhujah dalam banyak aspek kehidupan, termasuk dalam kerjaya dan kehidupan sosial. Menguasai ketiga-tiga bucu retorik seperti yang digariskan Aristotle membantu kita menjadi penghujah yang cemerlang.

    Langkah asas yang boleh diambil adalah dengan menambah pengetahuan. Rajinkan diri membaca dan meneliti isu-isu semasa selain menguasai ilmu yang pelbagai.

    Dengan ilmu yang cukup, lebih mudah untuk anda menguasai ucapan sendiri, baik dari sudut ethos, pathos mahupun logos.

    Jika mahu lebih serius, anda boleh mendaftar dalam kelas-kelas pengucapan awam yang formal. Di sana, anda akan didedahkan dengan lebih banyak teknik dan tip dari pakar pengucapan awam. – RELEVAN

    Previous ArticleEkonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum campur tangan British
    Next Article 14,382 kes aktif Covid-19, enam kematian semalam

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.