SEBANYAK 847 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 993 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,017,863 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,154 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,965,321 kes.
Sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,806 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,844 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 15,736 kes dengan 14,724 kes atau 93.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 963 kes atau 6.1% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 26 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN