Facebook Twitter
    Trending
    • Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    • Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?
    • 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim
    • Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik
    • Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!
    • Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global
    • Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi
    • Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025

      Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

      July 22, 2025

      Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

      July 22, 2025

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025
    • Kewangan

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025
    • Pendidikan

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025
    • Kerjaya

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiga langkah untuk kerajaan bela penyewa rumah dan bilik, jangan biar mereka terus dibuli

    Tiga langkah untuk kerajaan bela penyewa rumah dan bilik, jangan biar mereka terus dibuli

    By December 14, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERMINTAAN sewaan rumah semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DI Malaysia, dasar perumahan lebih menggalakkan pemilikan berbanding sewaan. Namun, harga rumah yang semakin tinggi dan meningkat tidak seiring dengan kenaikan gaji menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa berbanding membeli rumah.

    Penyelidikan oleh Property Guru Malaysia mendapati, terdapat peningkatan 96.83 peratus terhadap permintaan sewaan pada suku kedua tahun ini berbanding suku sama tahun lalu.

    Dengan peningkatan ini, adakah nasib penyewa rumah akan terbela? Sering kita dengar, penyewa rumah dan bilik terutamanya di kawasan bandar mengeluh kerana harga sewaan yang mahal. 

    Bukan itu sahaja, kualiti dan keadaan bilik atau rumah yang disewa juga tidak baik. Sehingga timbul istilah ‘bilik keranda’ atau ‘bilik sebesar kubur’ yang disewakan kepada pengguna dengan harga yang agak tinggi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa di Malaysia, bilik yang kecil macam kubur pun sewanya mahal? 

    Peningkatan permintaan sewaan seharusnya menyedarkan pihak berkepentingan, khususnya kerajaan, untuk melakukan sesuatu bagi menyewa nasib penyewa.

    Tanpa undang-undang yang jelas, penyewa dengan mudah boleh dibuli oleh pemilik rumah yang hanya memikirkan keuntungan sendiri. 

    Penyelidik The Centre, Fikri Fisal menyenaraikan tiga langkah yang boleh diambil oleh kerajaan baharu untuk membela nasib penyewa.

    Relevan meringkaskan tiga cadangan tersebut untuk anda. Jika anda juga penyewa yang sering dibuli dengan harga tinggi dan hak yang terhad, baca cadangan-cadangan ini dan suarakannya kepada kerajaan baharu.

    ANTARA iklan bilik sewa yang menawarkan bilik kecil pada harga tinggi.
    • Dasar untuk melindungi penyewa

    Instrumen terbaik untuk melindungi hak penyewa adalah dengan menggubal undang-undang yang dapat mengiktiraf hak penyewa dan pemilik rumah secara adil.

    Akta Kediaman Sewa telah dicadangkan beberapa kali sebelum ini namun belum ada kepastian sama ada ia akan digubal atau tidak.

    Menurut Fikri, undang-undang baharu telah diperkenalkan di Victoria, Australia bagi menjelaskan hak penyewa untuk menjalankan pengubahsuaian tidak kekal, menyimpan haiwan peliharaan dan lain-lain perkara.

    Kata beliau, undang-undang yang menjamin hak penyewa juga dapat memberikan ketenteraman kepada penyewa daripada diusir tanpa sebab.

    “Bagi pihak tuan rumah pula, proses pengusiran penyewa boleh diselaraskan sekiranya wujud masalah seperti tunggakan sewa yang melampau atau kegiatan-kegiatan haram di rumah sewa,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu

    Malah, kerajaan juga patut menubuhkan sebuah tribunal untuk meleraikan pertelingkahan antara penyewa dengan tuan rumah secara mudah dan murah. Cadangan ini juga ada dimuatkan dalam manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

    “Melalui tribunal ini, penyewa (atau tuan rumah) tidak perlu lagi membiayai kos guaman yang mahal atau melalui tempoh menunggu yang lama untuk mendapatkan pengadilan jika terdapat pertelingkahan berkaitan urusan penyewaan seperti pemotongan deposit jaminan atau penamatan perjanjian tanpa sebab.

    “Sebuah pangkalan data senarai hitam juga patut diwujudkan untuk mengenal pasti penyewa-penyewa dan tuan-tuan rumah yang bermasalah.

    “Ini akan melindungi kedua-dua belah pihak dari kezaliman dan berpotensi menggalakkan mereka menjadi lebih bertanggungjawab pada masa hadapan,” katanya.

    • Mengawal kenaikan kadar sewa

    Kenaikan kadar sewa secara mendadak akan menekan kewangan penyewa, lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi kini. Kerajaan perlu mencari jalan untuk mengekang kenaikan harga sewa yang mendadak bagi melindungi penyewa.

    Menurut Fikri, langkah menambat kenaikan kadar sewa dengan kadar inflasi semasa boleh diambil. Langkah ini telah dilaksanakan di Perancis apabila kenaikan kadar sewa perlu merujuk Indeks Rujukan Sewa (IRL) yang dikemas kini setiap suku tahun berdasarkan harga semasa barangan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rancang belanja rumah baharu, elak terjerumus hutang 

    Satu lagi contoh yang boleh diambil ialah Jerman yang meletakkan garis had maksimum yang wajar untuk kenaikan kadar sewa.

    “Di Jerman, tuan rumah hanya boleh meningkatkan kadar sewa 15 hingga 20 peratus paling banyak dalam jangka tiga tahun. Bukan itu sahaja, penyewa di negara itu juga boleh membawa kes ke persatuan penyewa tempatan jika dia merasakan peningkatan itu tidak wajar atau adil.

    “Jika tuan rumah tidak boleh memberikan justifikasi yang munasabah, penyewa berhak menolak kadar baharu itu,” jelasnya.

    Kata Fikri, langkah itu bukan sahaja boleh mengelakkan eksploitasi terhadap penyewa, malah memberikan ketenteraman serta membolehkan penyewa menjangkakan kos jika mahu menyewa secara jangka masa panjang.

    BERBANDING menawarkan rumah untuk dibeli, konsep PR1MA boleh diubah dengan menawarkan rumah untuk disewa. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Menambah bilangan rumah sewa

    Secara jangka masa panjang, langkah terbaik bagi memastikan harga rumah sewa terkawal adalah dengan memperbanyak penawaran rumah sewa di pasaran.

    Jelas Fikri, ia boleh dicapai dengan menggalakan pihak swasta, baik individu mahupun syarikat dan organisasi, membina rumah-rumah yang khusus untuk disewakan kepada umum.

    Kerajaan juga boleh meluaskan pembinaan rumah sewa awam bukan sahaja kepada golongan B40, tetapi juga M40 namun ia memerlukan perbelanjaan fiskal yang besar.

    Antara langkah yang boleh dipertimbangkan kerajaan ialah mengubah konsep perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) untuk menawarkan rumah untuk disewa, bukan hanya rumah untuk dibeli.

    “Kerajaan juga boleh menawarkan insentif kepada pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan untuk menyediakan rumah untuk disewa,” kata Fikri.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa? 

    Kata beliau, jika permintaan rumah sewa terus meningkat, syarikat-syarikat berpotensi meraih keuntungan dengan menawarkan lebih banyak rumah untuk disewa berbanding rumah untuk dijual.

    “Model perniagaan ini sesuai dijalankan ketika ramai warga Malaysia sukar memperoleh pinjaman rumah akibat pendapatan rendah dan berdepan dengan kekurangan simpanan serta ketidakjaminan pekerjaan jangka panjang.

    “Tanah-tanah wakaf boleh juga dipertimbangkan untuk membina rumah-rumah sewa mampu milik khusus kepada golongan berpendapatan rendah, warga emas, mahasiswa dan lain-lain,” katanya.

    Satu lagi cadangan yang dikemukakan Fikri ialah kerajaan atau pihak swasta mengambil alih unit-unit rumah dan komersial yang kosong dan menukarnya menjadi rumah sewa. – RELEVAN

    bilik sewa featured kewangan rumah sewa
    Artikel Terkini

    Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

    July 30, 2025

    Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

    July 29, 2025

    6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

    July 28, 2025

    Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

    July 25, 2025

    Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

    July 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.