Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah sistem nombor, siapa insan penting di sebaliknya?

    Sejarah sistem nombor, siapa insan penting di sebaliknya?

    By Umi FatehahDecember 14, 2022Updated:December 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERNAHKAH anda tertanya-tanya bagaimana manusia pada zaman terdahulu membuat pengiraan sebelum nombor diperkenalkan? Bagaimana pula asal usul sistem nombor diperkenalkan? 

    Sebelum wujudnya sistem nombor, manusia pada zaman Paleolitik mula mengira menggunakan simbol-simbol seperti haiwan atau objek lain dan mengukirkan pada dinding gua, kayu atau batu. Sistem pengiraan ini dikenali sebagai tally marks atau hash marks. 

    Sistem pengiraan tally marks. – GAMBAR HIASAN WIKIPEDIA

    Apabila tamadun awal mula berkembang, mereka mula menciptakan pelbagai jenis sistem nombor atau pengiraan. Antara tamadun yang memperkenalkan sistem nombor lain ialah Yunani, Mesir dan Ibrani (Hebrew). 

    Mereka menggunakan simbol yang berbeza untuk mewakili nilai yang lebih besar. Sebagai contoh, dalam sistem Mesir Purba, tali bergulung mewakili angka 100 dan teratai air mewakili angka 1,000.

    Setiap simbol diulang seberapa banyak yang perlu dan semuanya ditambah bersama, jadi di bawah sistem Mesir Purba, 300 akan ditunjukkan sebagai tiga tali bergulung.

    Tetapi hakikatnya, sistem nombor yang diperkenalkan ini tidak praktikal dan menyukarkan untuk menulis angka besar. Kemudian, sistem nombor baharu yang digunakan sehingga hari ini pula diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi.

    Al-Khawarizmi atau nama sebenarnya Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

    Beliau dikenali sebagai Al-Khawarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.

    Penggunaan sistem nombor sehingga hari ini

    Menurut Britannica, sumbangan terbesar Al-Khawarizmi kepada tamadun dunia ialah dengan memperkenalkan sistem nombor yang pada asalnya diciptakan oleh ilmuwan dari India. 

    Sistem nombor tersebut digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol yang mewakili nilai tertentu. 

    Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh Al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log dan kosinus, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.

    Beliau juga memperkenalkan beberapa proses pengiraan matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, ilmu pecahan dalam matematik juga diperkenalkan olehnya.

    Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa Al-Jabar melalui sumbangan beliau dalam memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-Jabar. 

    Al-Jabar secara ringkasnya merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan (linear dan kuadratik). 

    Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan.

    Masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat terdahulu dapat diatasi dan kekal digunakan sehingga hari ini disebabkan sistem nombor yang praktikal. 

    Dalam karyanya De Numero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik, beliau menerangkan tentang angka sifar. 

    Kita sebagai manusia biasa mungkin merasakan kewujudan angka sifar atau kosong itu tidaklah begitu signifikan. Hakikatnya, angka sifar itu membawa makna yang lebih besar dalam dunia penomboran. 

    Angka sifar itu mampu menghasilkan nombor yang mencapai infiniti atau tidak terhad. Jadi, nombor kosong yang kita kenali itu bukan kosong semata-mata.

    Beliau juga merupakan orang yang memudahkan teori algebra yang pada asalnya diciptakan oleh para ilmuwan dari negara India. Kaedah algebra yang diperbaharui dan dimudahkan oleh beliau membantu menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan.

    Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan para ilmuwan dan pakar astronomi meramal gerhana serta menentukan kedudukan planet-planet di galaksi.

    Sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik amatlah besar dan berkekalan hingga ke hari ini. Bukan sahaja usaha beliau mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam, malah telah menjadi pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau.

    Bukan sahaja memperkenalkan sistem nombor, banyak ilmu-ilmu lain seperti geometri, trigonometri dan astronomi turut diperkenalkan oleh beliau yang membantu seluruh umat manusia memahami dan mendalami ilmu dunia. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.