ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,616 kes semalam berbanding 1,682 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,006,855 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,145 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,948,640 kes.
Sebanyak empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,742 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,827 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 21,473 kes dengan 20,068 kes atau 93.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,324 kes atau 6.2% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 58 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN