Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Apa akan terjadi jika bumi berhenti berputar?

    Fakta Semesta: Apa akan terjadi jika bumi berhenti berputar?

    By Umi FatehahDecember 9, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    pernahkah anda terfikir apa akan berlaku sekiranya suatu hari nanti bumi berhenti berputar? - GAMBAR HIASAN KYLE GLENN/UNSPLASH

    BUMI merupakan planet ketiga daripada lapan planet lain di dalam sistem suria. Setakat ini, bumi ialah satu-satunya planet yang dikenal pasti mempunyai kehidupan iaitu manusia, pokok dan binatang sebagai penghuninya. 

    Satu hari di bumi bersamaan dengan 24 jam. Berdasarkan pernyataan ini, kita dapat faham bahawa bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran di atas paksinya, bukan? 

    Sebenarnya, bumi hanya berputar selama 23 jam dan 56 minit sahaja.

    Menurut Space.com, bumi berputar di atas paksinya sambil bergerak mengelilingi matahari. Pada putaran terakhir yang melengkapkan kitaran 360°, satu sisi bumi tidak menghadap matahari secara langsung atau berhadapan. Dalam tempoh ini juga, bumi bergerak lebih jauh daripada orbitnya untuk mengelilingi matahari.

    Justeru, bumi perlu berputar lebih empat minit untuk kembali kepada posisi tepat iaitu berhadapan dengan matahari. 

    Bumi telah berputar di dalam paksinya sambil mengelilingi matahari sejak kelahirannya iaitu kira-kira 4.5 billion tahun lalu. 

    Tetapi, pernahkah anda terfikir apa akan berlaku sekiranya suatu hari nanti bumi berhenti berputar? Menurut perkongsian di Astronomy, berikut merupakan beberapa perkara yang akan berlaku sekiranya bumi tidak lagi berputar.

    Apa akan jadi kepada permukaan bumi?

    Jika bumi berhenti berputar dengan serta merta, ia mungkin akan menyebabkan bencana yang besar. Semua yang berada di atas permukaan bumi akan terbang ke arah timur. Bayangkan manusia, rumah, pokok, batu dan banyak lagi harta benda melayang dan dilempar secara mengiring pada kelajuan ratusan batu sejam. 

    Tetapi, sekiranya bumi berhenti berputar dengan perlahan-lahan atau berlaku secara beransur-ansur, kesannya akan tetap menyebabkan bencana, tetapi akan berlaku dalam tempoh yang lebih lama. 

    Apa akan terjadi kepada kejadian siang dan malam?

    Mungkin salah satu perkara yang kita akan perasan pada langit ialah matahari tidak lagi bergerak melintasi langit dalam sehari. 

    Ini bermakna kita tidak lagi akan melihat pergerakan matahari termasuklah kejadian matahari terbit dan terbenam dalam masa sehari. Hal ini kerana kejadian siang dan malam dipengaruhi oleh putaran bumi ketika mengelilingi bintang gergasi itu.

    Jadi, sekiranya bumi tidak lagi berputar, ia akan menyebabkan satu hari di bumi tidak lagi berlanjutan selama 24 jam, tetapi menjadi sepanjang tahun. Maknanya, kita akan mengalami kehidupan di waktu siang selama enam bulan dan begitu juga dengan waktu malam.

    Tanpa kitaran 24 jam sehari, rentak sirkadian biologi (biological circadian rhythm) akan hilang sepenuhnya. Rentak ini berfungsi dengan memberitahu badan kita bila perlu tidur yang kebiasaannya pada waktu malam dan bila perlu bangun iaitu waktu siang. Rentak ini bergantung kepada perubahan biasa cahaya matahari untuk berfungsi. 

    Banyak makhluk di bumi, dari lebah hingga pokok, bergantung pada rentak sirkadian untuk menjalankan kehidupan mereka. Perubahan pada kitaran ini semestinya akan mengubah kehidupan setiap hidupan di bumi.

    Bagaimana pula dengan suhu di bumi?

    Disebabkan waktu siang dan malam berlanjutan selama enam bulan, ia mungkin akan menyebabkan waktu siang yang lebih panas dan waktu malam yang terlampau sejuk. 

    Bayangkan, mampukah anda bertahan untuk menjalankan kehidupan di waktu siang yang panas selama enam bulan?

    Ia juga akan menjejaskan iklim di bumi. Perbezaan suhu yang ketara antara siang dan malam akan menyebabkan angin menjadi lebih kencang dan akan menggerakkan udara panas ke arah bahagian bumi yang lebih sejuk pada waktu malam. 

    Angin juga akan bertiup dari kawasan panas di sekitar khatulistiwa ke kawasan kutub sejuk. Sekiranya ini benar-benar berlaku, semua ais dan glasier di kutub utara pasti sudah mencair. 

    Kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur kerana masih berpeluang melihat matahari dan bulan silih berganti. Sekiranya bumi sudah tidak lagi berputar, agak-agak mampukah kita teruskan kehidupan dan mempunyai jangka hayat yang lama? – RELEVAN

    Fakta Semesta featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.