Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami propaganda politik dan cara untuk mengelak diperdaya ahli politik

    Memahami propaganda politik dan cara untuk mengelak diperdaya ahli politik

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 18, 2022Updated:November 18, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROPAGANDA bertujuan mempengaruhi orang ramai melalui emosi, bukan logik atau bukti. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    TEMPOH kempen pilihan raya, bagi sesetengah orang, sangat menyesakkan. Dalam jangka masa yang pendek, kita disumbat dengan pelbagai maklumat, pujukan dan propaganda dari ahli dan parti politik.

    Namun, tanpa tempoh berkempen, pilihan raya tidak dapat berlangsung dengan sempurna. Parti-parti politik perlu diberikan masa untuk menjelaskan tawarannya kepada pengundi supaya pengundi dapat membuat keputusan terbaik pada hari mengundi.

    Bukan semua maklumat yang diterima semasa kempen itu baik, dan tidak semuanya buruk. Yang penting, kita mempunyai kefahaman yang cukup untuk menapis dan membezakan antara kempen yang baik dengan yang buruk.

    ARTIKEL (bukan propaganda) BERKAITAN: PRU15: Yang penting bukan siapa, tapi kenapa? 

    Untuk berbuat demikian, kita perlu memahami propaganda. Propaganda juga ada yang baik dan buruk.

    Relevan menghubungi Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Sahul Hamid Mohamed Maiddin bagi menjawab empat soalan asas tentang propaganda politik.

    Sebelum diperdaya ahli politik, eloklah anda baca artikel ini sehingga habis. Pastikan waktu masuk ke dewan mengundi nanti, minda anda jernih dan bersih dari propaganda politik yang buruk.

    • Apa maksud propaganda politik?

    Strategi pembujukan yang memfokuskan kepada tujuan mempengaruhi kesan emosi, angin (mood) dan sentimen, itu maksud propaganda menurut Sahul Hamid. 

    Katanya, propaganda melibatkan pemindahan maklumat bagi membentuk persepsi kumpulan sasar terhadap sesuatu perkara, entiti dan individu. Kata kuncinya di sini: membentuk persepsi.

    Secara lebih khusus dalam bidang politik, propaganda digunakan untuk mempengaruhi masyarakat demi dua tujuan: satu, menyokong aspirasi si propagandis dan dua, menentang lawan si propagandis.

    “Maklumat yang disampaikan dalam propaganda tidak semestinya benar dan tidak semestinya salah. Yang penting, ia disampaikan dengan cara yang paling mengujakan dan memerangkap emosi, bukan bagi meraikan logik akal dan bukti.

    “Propaganda adalah maklumat untuk mempengaruhi. Berbeza dengan pendidikan, iaitu maklumat untuk mencerahkan,” katanya.

    • Apa contoh penggunaan propaganda politik yang kerap dan berbahaya?

    Menurut Sahul Hamid, di Malaysia, propaganda yang paling kerap digunakan dalam arena politik adalah berkaitan isu perkauman dan agama.

    “Terdapat parti politik yang gemar memainkan sentimen kebencian dan prasangka antara kaum bagi meraih sokongan rakyat sebangsa dan seagama dengannya, walaupun ia sebenarnya tidak melibatkan sebarang polisi parti politik yang ditentang.

    “Fakta dan bukti tidak diendahkan, yang penting emosi dapat dikuasai dan dibuai demi mendapatkan legitimasi kuasa yang diperlukan,” jelasnya.

    Itu contoh propaganda yang buruk, iaitu memainkan emosi rakyat terhadap isu yang memecahbelahkan seperti kaum dan agama. Bagaimana pula propaganda yang baik?

    Sahul Hamid mengambil contoh isu rasuah dan salah guna kuasa yang wajib dibanteras. Dalam isu-isu ini, propaganda boleh diaplikasikan secara positif.

    “Jika isu rasuah hanya disampaikan sebagai berita dan laporan, ia tidak menyentuh emosi dan sentimen rakyat. 

    “Namun, jika teknik propaganda diaplikasikan dalam penyebaran maklumat terkait rasuah, rakyat akan bangkit untuk melawan dan menentang rasuah serta perasuah,” katanya.

    ARTIKEL (ini propaganda) BERKAITAN: Marah pemimpin rasuah tidak sekuat marah pemimpin makan babi – Syed Hussein Alatas 

    Sementara itu, untuk contoh propaganda politik di peringkat antarabangsa, Sahul Hamid memilih isu berkaitan agama Islam yang menurutnya menjadi subjek terbesar yang dijadikan sasaran propaganda.

    “Imej Islam dipaparkan seolah-olah menjadi penyebab kepada semua kemunduran dan kesengsaraan masyarakat. 

    “Semua maklumat yang berkait dengan Islam dan Muslim akan cuba diherotkan, sedangkan semua kebaikan yang ada akan disembunyikan,” jelasnya.

    • Apa kebaikan dan keburukan propaganda politik?

    Sahul Hamid menyenaraikan dua kebaikan propaganda politik, iaitu:

    • Dapat menyentuh hati nurani rakyat atau pengundi dalam hal-hal yang mempunyai kepentingan nasional, misalnya rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa.
    • Propaganda turut dapat digunakan sebagai alat untuk menyebarkan kesedaran patriotisme dan kesedaran terhadap pendidikan politik. Hal seperti ini perlukan teknik yang bersesuaian, misalnya menggunakan kaedah audio visual, poster, muzik dan indoktrinasi.

    ARTIKEL (bukan propaganda) BERKAITAN: 15 maklumat penting tentang PRU15

    Keburukan propaganda politik pula, menurut Sahul Hamid, ada tiga:

    • Berlaku risiko kebangkitan dan kesedaran yang palsu. Dengan manipulasi emosi dan angin rakyat, kewarasan akan diketepikan. Ini cenderung membangkitkan keresahan dalam masyarakat.
    • Fitnah dan penipuan berleluasa apabila terdapat pihak yang hanya mahukan matlamat politiknya tercapai tanpa memikirkan kesan buruk emosi terhadap rakyatnya.
    • Prejudis dan prasangka antara kaum dan agama.

    Tiga soalan di atas cukup untuk memahamkan anda tentang propaganda politik serta risiko dan kebaikan yang dibawanya. Kita bergerak ke soalan keempat, soalan terpenting dalam artikel ini.

    • Bagaimana cara untuk mengelak daripada diperdaya propaganda politik?

    Terdapat lima tip yang dikongsikan Sahul Hamid. Dengan tip ini, diharapkan anda dapat membuat keputusan yang jelas dalam pilihan raya.

    • Sentiasa bertenang apabila mendapat atau menerima sesuatu maklumat, dalam bentuk apa sekalipun, sebelum membuat kesimpulan.
    • Amalkan sikap tabayyun, iaitu menyelidik berita atau maklumat yang sampai kepada kita, sama ada ia benar atau palsu.
    • Setiap kali maklumat diterima, jika ia terus menyerang saraf emosi dan perasaan, maka berhati-hatilah kerana kita sedang berhadapan dengan mesej propaganda yang memang bertujuan merangsang tindakan tanpa berfikir panjang.
    • Siapkan diri dengan ilmu dan maklumat yang mencukupi supaya kita berupaya menilai kesahihan maklumat yang sampai.
    • Berhenti membaca, mendengar atau menonton jika rasa perasaan atau emosi membuak-buak. Ia akan menyelamatkan kita daripada tindakan susulan yang melulu dan gopoh.

    Sekian, kelas propaganda dari Relevan. Semoga kita semua terlindung dari propaganda jahat dan maklumat palsu. Selamat mengundi! – RELEVAN

    featured pendidikan politik PRU15
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.