Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bank Negara keluarkan syiling istimewa sempena KL50

    Bank Negara keluarkan syiling istimewa sempena KL50

    By Umi FatehahNovember 14, 2022Updated:November 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bank Negara keluarkan syiling istimewa sempena KL50

    BANK Negara Malaysia (BNM) bakal mengeluarkan duit syiling istimewa sempena ulang tahun Kuala Lumpur yang ke-50 (KL50) sejak diisytiharkan sebagai bandar raya.

    Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) yang mempunyai berat 31 gram (g) dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5.

    Syiling versi ini akan dijual dengan nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM275 sekeping. Menurut BNM, kuantiti tempaan bagi syiling perak sterling ini ialah sebanyak 1,000 unit sahaja.

    Manakala, duit syiling versi kedua pula ialah Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U) Commemorative Coin dihasilkan seberat 8.5g dan diperbuat daripada tembaga dan beberapa gabungan logam lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cakna dana kecemasan, penyelamat ketika getir

    Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. Kuantiti tempaan bagi syiling versi ini terbuka untuk 5,000 unit sahaja.

    Syiling peringatan ini juga dijual dalam set dua dalam satu pada harga RM330. Setiap set mengandungi satu syiling pruf perak sterling berwarna dan satu syiling pruf emas Nordic. 

    Bagi set dua dalam satu ini, sebanyak 1,000 set akan dibuka untuk pembelian.

    Menurut BNM, spesifikasi terperinci reka bentuk syiling ini adalah seperti paparan di bawah:

    Bahagian belakang

    Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (kiri) dan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U) Commemorative Coin (kanan). – Gambar oleh Bank Negara Malaysia

    Bahagian belakang syiling memaparkan imej latar langit Kuala Lumpur dan pengangkutan moden serta muka jam Bangunan Sultan Abdul Samad. 

    Ini melambangkan peredaran zaman sejak pemberian status bandar raya kepada Kuala Lumpur pada tahun 1972 yang menyaksikan bandar itu semakin maju dan berkembang menjadi sebuah bandar raya moden.

    Bahagian hadapan

    Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (kiri) dan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U) Commemorative Coin (kanan). – Gambar oleh Bank Negara Malaysia

    Tulisan di bahagian atas menampilkan “BANK NEGARA MALAYSIA” untuk menggambarkan syiling ini dikeluarkan oleh BNM. Logo khas sempena KL50 pula ditampilkan secara berwarna bagi syiling perak sahaja. 

    Bangunan Istana Budaya dan elemen daripada Taman Botani Perdana turut ditampilkan sebagai tanda Kuala Lumpur menjadi pusat kebudayaan dan bandar mesra alam. Nilai muka “10 RINGGIT” dan “1 RINGGIT” ditunjukkan di bahagian bawah syiling.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah terpengaruh dengan kehidupan mewah yang ditayang di media sosial

    Jualan syiling peringatan

    Untuk memberi peluang yang adil dan sama rata kepada rakyat Malaysia untuk pembelian syiling edisi terhad ini, BNM telah menetapkan had pembelian set dua dalam satu, syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum lima unit syiling emas (B.U.) Nordic bagi setiap orang.

    Orang ramai boleh membuat tempahan di duit.bnm.gov.my bermula Isnin, 14 November 2022, 11 pagi hingga Ahad, 27 November 2022, 11 malam.

    Keputusan tempahan yang berjaya akan diumumkan pada 5 Disember 2022. Bagi tempahan yang berjaya, penghantaran akan dilakukan secara berfasa dan dijangka tiba dalam masa 20 hari selepas hebahan keputusan tempahan dilakukan. 

    Masyarakat dinasihatkan untuk membuat pesanan melalui sistem dalam talian BNM dan bukan dengan mana-mana pihak lain atau kemudahan pesanan yang tidak dibenarkan. 

    Semua pesanan yang dihantar akan dipertimbangkan dan tidak akan ada keutamaan atau layanan istimewa diberikan. Sekiranya berlaku lebihan pesanan pembelian, proses pengundian akan dilakukan. – RELEVAN

    bank negara malaysia featured kewangan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.