ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,234 kes semalam berbanding 2,882 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,948,817 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,836 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,882,664 kes.
Dua kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,548 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,776 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 29,605 kes dengan 27,666 kes atau 93.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,848 kes atau 6.2% pesakit dirawat di hospital, 34 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 57 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN