Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Rakyat Sabah

    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Rakyat Sabah

    By Umi FatehahNovember 10, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Rakyat Sabah. - Gambar Utusan

    MENJELANG pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November kelak, pasti ramai pengundi muda yang pertama kali akan mengundi tertanya-tanya tentang identiti penubuhan beberapa parti yang kurang biasa didengari.

    Tidak berapa arif tentang politik itu perkara biasa tetapi jangan biasakan berada di dalam zon ‘tidak tahu’ atau ‘tidak mahu ambil tahu’. Kini, kita berada pada zaman maklumat tanpa terhad lebih-lebih lagi dengan bantuan teknologi yang semakin canggih. 

    Justeru itu, tingkatkan ilmu dan ambil tahu tentang politik agar dapat membuat pilihan yang betul bagi PRU15 akan datang.

    Dalam artikel kali ini, Relevan akan memperincikan sejarah penubuhan, parti-parti komponen, prinsip parti dan tokoh utama di dalam Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    Sejarah penubuhan

    Penubuhan GRS diasaskan oleh bekas Perdana menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Parti ini ditubuhkan untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020.

    Ketika Muhyiddin mengumumkan penubuhan GRS, beliau berkata keputusan untuk menubuhkan parti ini merupakan hasil perbincangan antara parti-parti pembangkang. Menurut beliau, nama parti ini menjadi tanda bahawa parti-parti pembangkang bersatu hati ingin membentuk pemerintahan di Sabah pada 26 September.

    Kelahiran GRS dikatakan berlandaskan aspirasi rakyat negeri Sabah untuk melihat kesatuan dan sebuah kerajaan yang kukuh bagi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    Pada awalnya, gabungan parti ini hanya merupakan sebuah pakatan pilihan raya antara dua parti gabungan di Sabah iaitu Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Malaysian Chinese Association (MCA) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

    BN membina pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta sebuah parti tempatan Sabah tanpa gabungan, Parti Bersatu Sabah (PBS).

    Pada PRN Sabah 2020, GRS secara rasmi membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi. 

    Kelulusan pendaftaran GRS sebagai parti politik rasmi pada Mac lalu mengukuhkan lagi kedudukan parti ini di Sabah.

    Parti komponen

    Pembentukan GRS bermula pada September 2020 iaitu semasa PRN Sabah bagi menentang parti kerajaan pada masa itu iaitu Warisan Plus yang merangkumi Parti Warisan Sabah (Warisan), Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

    Pada ketika itu, GRS disertai oleh PN yang dianggotai oleh Bersatu, STAR, SAPP dan BN yang merangkumi UMNO, PBRS serta PBS.

    Pendaftaran GRS secara rasmi pada Mac lalu membabitkan empat parti iaitu Bersatu, PBS, STAR dan SAPP.

    Tidak lama kemudian, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pula diterima masuk sebagai komponen GRS dan menjadikannya sebagai parti kelima menyertai gabungan politik tersebut.

    Walau bagaimanapun, BN tidak menyertai gabungan itu apabila ia menjadi entiti politik rasmi pada Mac lalu. BN hanya menjadi rakan yang membentuk kerajaan negeri yang kini dikenali sebagai kerajaan GRS-BN.

    Prinsip asas parti

    Prinsip asas GRS dibentuk melalui satu Aku Janji yang telah dilancarkan oleh Muhyiddin pada 16 September 2020 di Kota Kinabalu. Dalam aku janji tersebut, GRS berpegang teguh pada empat teras iaitu:

    • Hak Sabah
    • Kepimpinan yang bersih, berintegriti, cekap, amanah dan mendahulukan rakyat dan membina keyakinan rakyat terhadap integriti penjawat awam Sabah
    • Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai tunjang
    • Perpaduan rakyat Sabah

    “Tawaran kami bagi PRN Sabah 2020 adalah holistik dan inklusif melibatkan kerjasama erat bersama kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap inisiatif yang ditawarkan dapat dilaksanakan,” kata Muhyiddin ketika membentangkan aku janji tersebut.

    Tokoh utama

    Meskipun parti GRS diasaskan oleh Muhyiddin, parti ini diketuai oleh Datuk Hajiji Noor daripada Bersatu sebagai pengerusinya. Jawatan timbalan pengerusi pula disandang oleh Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (PBS) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR). 

    Hajiji Noor, di Ibu Pejabat Bersatu Sabah. – Gambar oleh Shiddieqiin Zon/Utusan

    Jawatan setiausaha pula dipegang oleh Mohamed Razali Mohamed Razi daripada Bersatu dan penolong setiausaha pula disandang oleh Ardino Diris daripada STAR. 

    Antara tokoh lain yang dikenali dalam GRS termasuk:

    • Joniston Bangkuai (PBS)
    • Masidi Manjun (Bersatu)
    • Mohd Arifin Mohd Arif (Bersatu)
    • Vincent Lee (PBRS)
    • Yong Teck Lee (SAPP)
    • Edward Dagul (SAPP)

    – RELEVAN

     

    Previous ArticleMakanan yang perlu diambil dan dielakkan ketika dijangkiti Covid-19
    Next Article 3,436 kes baharu Covid-19, 8 kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.