Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional

    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 7, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERIKATAN Nasional menetapkan Prihatin Rakyat dan Integriti sebagai prinsip asasnya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KECELARUAN politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengubah senario politik negara, termasuk menumbuhkan gabungan politik baharu yang kini bertanding untuk merebut kuasa pemerintahan dalam PRU15.

    Gabungan tersebut ialah Perikatan Nasional (PN) yang lahir selepas penjajaran politik baharu disebabkan Langkah Sheraton.

    PN dengan sokongan beberapa parti bukan ahli merupakan kerajaan yang memerintah Malaysia sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

    Sejarah penubuhan

    Selepas Langkah Sheraton, parti-parti yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri membentuk persefahaman dan menjadi kerajaan.

    Kerajaan yang dibentuk pada 1 Mac 2020 itu disebut sebagai kerajaan Perikatan Nasional walaupun PN belum ditubuhkan secara rasmi ketika itu. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengenang Langkah Sheraton 

    Pada 17 Mei 2020, sebuah memorandum persefahaman (MOU) yang menggariskan perkara utama yang menjadi asas persefahaman parti-parti politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional ditandangani.

    Parti-parti yang menurunkan tanda tangan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

    MOU tersebut membawa kepada penubuhan PN secara rasmi sebagai sebuah gabungan politik pada 7 Ogos 2020. Untuk penubuhan tersebut, Bersatu, PAS dan STAR menjadi anggota pengasasnya.

    PN kemudiannya disertai Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Ogos 2020 dan Parti Gerakan  Rakyat Malaysia (Gerakan) pada 11 Februari 2021.

    Parti komponen

    Menjelang PRU15, PN dianggotai oleh Bersatu, Pas, Gerakan, SAPP dan STAR. Pada 2 November lalu, gabungan itu mengumumkan akan bertanding 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15.

    BN dan GPS yang menandatangani MOU kerajaan Perikatan Nasional tidak menyertai gabungan politik ini secara rasmi.

    Prinsip asas parti

    Dalam MOU kerajaan Perikatan Nasional yang ditandatangani pada 17 Mei 2020, lima perkara utama digariskan sebagai asas persefahaman antara parti-parti politik yang terlibat, iaitu:

    • Perlunya suatu gabungan parti-parti politik dibentuk sebagai wadah untuk memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukun Negara dan menjamin kebajikan serta kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
    • Gabungan parti-parti politik ini hendaklah bergerak seiring dan sepakat dalam memastikan suatu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif selain menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara.
    • Memperkukuh semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi merealisasikan aspirasi dan matlamat Perjanjian Malaysia 1963.
    • Memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara.
    • Gabungan parti politik ini hendaklah diperkukuh menerusi amalan musyawarah dan konsultasi berlandaskan sikap dan sifat saling menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

    Muhyiddin sebagai Pengerusi PN pula menggariskan dua prinsip asas gabungan tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar Konvensyen Perikatan Nasional 2022 pada 27 Ogos lalu. Prinsip tersebut merupakan Prihatin Rakyat dan Integriti.

    Menurut Muhyiddin, dua prinsip tersebut menjadikan penubuhan PN bukan untuk kepentingan peribadi para pemimpinnya, sebaliknya untuk membela kebajikan rakyat dan memajukan negara menerusi kepimpinan dan pentadbiran yang beramanah dan berintegriti.

    PEMIMPIN-pemimpin PN ketika majlis pelancaran manifesto PN BEST. – GAMBAR UTUSAN

    Tokoh utama

    PN diketuai oleh Muhyiddin sebagai Pengerusi manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang ketua-ketua parti komponennya, iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Seri Jeffrey Kitingan (Presiden STAR), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Presiden Gerakan), Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Timbalan Presiden Bersatu).

    Jawatan Setiausaha Agung pula dipegang Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

    Antara tokoh lain yang dikenali dalam PN termasuk:

    • Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu)
    • Datuk Dr. Radzi Jidin (Bersatu)
    • Datuk Seri Rina Harun (Bersatu)
    • Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
    • Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS)
    • Datuk Seri Ronald Kiandee (Bersatu)
    • Datuk Idris Ahmad (PAS)
    • Datuk Saifuddin Abdullah (Bersatu)
    • Datuk Seri Mustapa Mohamed (Bersatu)
    • Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Bersatu)
    • Datuk Ahmad Yaakob (PAS)
    • Datuk Seri Dr. Samsuri Ahmad (PAS)
    • Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (PAS)
    • Datuk Seri Hajiji Noor (Bersatu)  

    – RELEVAN

    Previous ArticleKomitmen Zurich untuk pemuliharaan dipterokarpa
    Next Article 4,695 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.