Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Komitmen Zurich untuk pemuliharaan dipterokarpa

    Komitmen Zurich untuk pemuliharaan dipterokarpa

    By Umi FatehahNovember 7, 2022Updated:November 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Komitmen Zurich untuk pemuliharaan dipterokarpa. - Gambar ihsan Zurich

    DEMI komitmen melestarikan alam sekitar, Zurich Malaysia menganjurkan program A Greener Future pada 5 November lalu sempena sambutan ulang tahun Zurich Insurance Group yang ke-150 tahun.

    Program tersebut diadakan untuk meraikan kerjasama antara Zurich dengan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) bagi membantu memulihara dan menanam semula spesies pokok dipterokarpa di Projek TRLC Merisuli, Lahad Datu, Sabah. 

    TURUT bersama dalam program A Greener Future, (dari kiri) Penyokong Sisa Sifar, Melissa Tan, Dr. Dzaeman Dzulkifli, Datin Seri Sunita Rajakumar dan Junior Cho. – Gambar ihsan Zurich

    Menurut TRCRC, dipterokarpa adalah tulang belakang kepada ekosistem hutan hujan tropika Malaysia yang menyokong pelbagai jenis hidupan. Ketika ini, beberapa spesies dipterokarpa diancam kepupusan. Jika ia pupus, semua bentuk kehidupan yang bergantung kepada spesis ini juga terancam.

    Hal tersebut dipersetujui Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho yang melihat hutan hujan sebagai ekosistem yang mempunyai kepelbagaian.

    “Haiwan dan manusia bergantung pada hutan hujan untuk kelangsungan kehidupan. Ia (hutan hujan) mempengaruhi alam sekitar dan iklim. 

    “Jika satu komponen hutan hujan tidak dijaga dengan baik, ia akan mengganggu segala-galanya. Bencana alam yang melanda Malaysia seperti banjir, cuaca tidak stabil adalah salah satu contoh mengapa hutan hujan penting untuk dijaga dengan baik,” tegas Cho.

    PENGLIBATAN Zurich adalah untuk membantu TRCRC melindungi dan memelihara spesies dipterokarpa demi kesejahteraan manusia sejagat. – Gambar ihsan Zurich

    Tambah Cho, penglibatan mereka adalah untuk membantu pakar seperti TRCRC melindungi dan memulihara spesies dipterokarpa demi kesejahteraan manusia sejagat. 

    “Kerjasama kami dengan TRCRC bukan sekadar untuk menyelamatkan hutan hujan di Sabah, tetapi kami juga memberi sokongan kepada warga Sabah yang ditugaskan menjaga hutan untuk tiga tahun akan datang. 

    “Jadi, kami juga memainkan peranan membantu masyarakat dan menyediakan pekerjaan kepada orang ramai,” jelas Cho.

    Selain Cho, program A Greener Future yang diadakan di Tapak Semaian Taman Tugu, Kuala Lumpur turut dihadiri Ahli Lembaga Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Datin Seri Sunita Rajakumar dan Pengarah Eksekutif TRCRC, Dr. Dzaeman Dzulkifli.

    Antara contoh dipterokarpa yang ditanam di TRLC Merisuli adalah seperti Kawang Jantung (Sabah) / Engkabang Jantung (Sarawak) (Shorea macrophylla), Keruing Kosugoi (Dipterocarpus validus), Keruing Merah (Dipterocarpus verrucosus) dan Keruing Putih (Dipterocarpus caudiferus). 

    ARTIKEL BERKAITAN: Zurich sambut ulang tahun ke-150

    Dalam program itu, Zurich juga mengadakan bengkel Grow Your Own Food yang dikendalikan oleh Sunway XFarms. 

    Bengkel ini bertujuan mengajar dan memberi galakan kepada orang ramai untuk menanam makanan sendiri, meskipun yang tinggal di rumah pangsapuri yang tidak mempunyai tanah.

    Dalam bengkel tersebut, peserta diajar untuk menanam sawi dengan menggunakan teknik hidroponik, iaitu penanaman dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah.

    Tanaman diletakkan di atas takungan larutan nutrien dan akar tanaman tersebut mendapatkan air serta nutrisi daripada larutan nutrien di bawah. 

    Teknik ini boleh menjimatkan banyak masa kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti.

    Selain itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang menyatakan ikrar sebagai sokongan terhadap usaha Zurich dan TRCRC memelihara dan memulihara pokok dipterokarpa.

    Zurich Malaysia akan mengabadikan ikrar setiap pengunjung dengan menanam satu pokok untuk setiap ikrar di TRLC Merisuli.

    Orang ramai yang tidak berkesempatan hadir juga masih boleh menyatakan ikrar di laman web Zurich di sini (www.zurich.com.my/zurichcares). – RELEVAN

    featured pendidikan trcrc Zurich
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.