Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pelajar abad ke-21 perlu kuasai STEAM

    Pelajar abad ke-21 perlu kuasai STEAM

    By Zubaidah IbrahimNovember 1, 2022Updated:November 2, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IBU bapa perlu mendedahkan anak-anak kepada ilmu STEAM kerana bidang tersebut mempunyai permintaan tinggi.- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPIK

    PADA hakikatnya, pelajar dan bakal graduan abad ke-21 perlu menguasai kemahiran yang boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang.

    Pengalaman pendidikan yang terbaik mampu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi dunia sebenar, melengkapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menyesuaikan diri dalam situasi rumit yang bakal dihadapi kelak.

    Pelajar bukan sahaja patut diajar berfikir secara kritikal, tetapi juga secara kreatif, malah pereka cipta paling hebat dalam sejarah tidak akan dapat mencapai kejayaan yang mengangkat nama mereka tanpa idea di luar kelaziman.

    Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) mengisi jurang ini untuk menggalakkan pelajar berfikir di luar kepompong pemikiran biasa, lantas mengubah cara mereka melihat dan mengharungi dunia.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu Pembelajaran Abad Ke-21? – Relevan

    Menurut Dekan Bersekutu Fakulti Sains dan Kejuruteraan (FOSE) University of Nottingham Malaysia (UNM), Profesor Madya Dr. Kher Hui (Marina) Ng, bidang pengajian itu juga boleh membantu membina individu yang lebih bersedia untuk menghadapi isu-isu global yang rumit, malah lebih daripada itu.

    “Jika mahu bersiap sedia memasuki Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dengan tahap persediaan yang lebih tinggi, kita perlu mengukuhkan usaha untuk membina tenaga kerja mahir menerusi pendidikan STEAM sebagai komponen penting.

    “Sebagai lanjutan daripada pengajian bertumpukan STEAM, langkah melibatkan bidang kesenian merupakan salah satu usaha untuk mengiktiraf bidang ini sebagai bidang yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan insan di samping mendidik pelajar tentang nilai-nilai kreativiti, inovasi dan komunikasi.

    “Pendekatan ini juga melibatkan pilihan subjek yang lebih luas seperti sastera liberal, seni halus, seni persembahan, reka bentuk dan banyak lagi di samping meluaskan perspektif pelajar tentang sesuatu masalah dan cara terbaik untuk mencari jalan penyelesaiannya,” katanya.

    Sehubungan itu, Fakulti Sains dan Kejuruteraan serta Fakulti Sastera dan Sains Sosial UNM baru-baru ini menganjurkan kelas di bawah kendalian pakar STEAM bersama 500 pelajar sekolah menengah dari 100 sekolah di seluruh Malaysia yang hadir secara fizikal dan maya.

    Dalam sesi bersama pakar itu, pelbagai topik telah dikupas seperti Cabutan Bertuah (Genetik), Mencorakkan Masa Depan Anda Menggunakan Percetakan 3D, Bagaimana Menjadi Jurupengaruh Page 2 of 3 Sebenar, Membina Portfolio Pelaburan Terpelbagai dan Bahasa Korea 101 (Belajar Bahasa Asing).

    Kelas-kelas itu bertujuan untuk mendedahkan aliran semasa kepada anak-anak muda dengan menimba ilmu dan kemahiran serta diasah oleh mereka untuk menyumbang kepada ekonomi masa depan.

    Di samping itu, penganjuran kelas tersebut juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar muda mempelajari STEAM dan memperkenalkannya semula dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.

    Seterusnya membuktikan bahawa STEAM tidaklah sesukar seperti yang disangka.

    ARTIKEL BERKAITAN: Shabana Basij-Rasikh: Pejuang pendidikan Afghanistan – Relevan

    Sementara itu, Dekan Bersekutu Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), UNM, Profesor Madya Dr. Joanne Lim Bee Yin berkata, pendidikan STEAM juga boleh membantu mempersiapkan pelajar untuk beberapa kerjaya yang mempunyai tahap permintaan paling tinggi di Malaysia pada tahun 2022 seperti yang disenaraikan oleh JobStreet.

    “Ia termasuklah teknologi maklumat (IT), pembangunan perisian, pemasaran digital, kewangan, pembangunan perniagaan, perubatan dan pendidikan.

    “Dengan matlamat melahirkan graduan yang bersedia untuk menceburi industri, pendedahan kepada STEAM boleh memberikan kelebihan daya saing yang diperlukan untuk membina kerjaya masa hadapan dengan permintaan untuk tenaga kerja dalam bidang ini yang terus meningkat.

    “Berasaskan kejayaan yang telah dicapai, kami berharap untuk melihat lebih banyak institusi pendidikan dan golongan pendidik melaksanakan inisiatif bagi mengukuhkan pendidikan STEAM untuk semua,” ujarnya.

    Bee Yin menyeru ibu bapa dan penjaga untuk mengiktiraf kesan dan manfaat pendidikan STEAM terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi akademik dan pelbagai aspek lain.

    “Kita perlu menjadikan program ini lebih mudah diikuti oleh semua anak muda di Malaysia.

    “Apabila anak-anak kita berkembang maju sebagai individu, kita juga turut sama berkembang maju sebagai sebuah negara,” terangnya.- RELEVAN

    Previous Article5 sebab anda wajar memilih kerjaya dalam bidang IT
    Next Article 43 kes di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.