Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: 5 sebab mengapa bumi planet terbaik untuk manusia

    Fakta Semesta: 5 sebab mengapa bumi planet terbaik untuk manusia

    By Umi FatehahOctober 31, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta Semesta: Mengapa bumi dan planet lain berbentuk bulat? - GAMBAR HIASAN NASA/UNSPLASH

    JIKA direnung alam ini dengan sebaiknya, pasti akan terdetik di sudut hati betapa besarnya kuasa tuhan dalam mencipta alam semesta yang tiada siapa tahu keluasannya. 

    Daripada kejadian siang dan malam, kelahiran dan kematian manusia serta penciptaan berbilion-bilion planet, kita dapat lihat bahawa keajaiban alam menjadi bukti kepada keagungan kuasa tuhan.

    Dalam jutaan galaksi yang ditemukan melalui kajian para saintis, kita ditakdirkan untuk menjalani kehidupan di dalam galaksi yang bernama bima sakti. Di dalam bima sakti pula, ada bumi yang kita panggil rumah.

    Bumi terletak dalam sistem suria. Dalam sistem suria pula, terdapat tujuh lagi planet lain selain bumi. Pernahkah anda terfikir, mengapa kita ditentukan untuk hidup di bumi dan bukan di planet yang lain?

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali lima planet kerdil di dalam sistem suria kita, termasuk Pluto

    Menurut kajian saintis di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), bumi diklasifikasikan sebagai planet yang paling sesuai untuk menjadi habitat manusia sejagat.

    Hal ini kerana planet kita mempunyai jarak yang optimum daripada matahari dan dilindungi daripada sinaran suria yang berbahaya oleh medan magnet. Selain itu terdapat beberapa lagi sebab mengapa bumi menjadi planet yang paling sesuai untuk kehidupan.

    1. Berpeluang menghirup udara yang bersih dan segar

    Merujuk kepada NASA, bumi selamat untuk didiami oleh hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan kerana bumi mempunyai udara yang selamat dan membekalkan oksigen kepada manusia.

    Seperti yang kita tahu, manusia memerlukan kandungan oksigen yang mencukupi untuk memastikan kita dapat terus bernafas dan hidup. Jika dibandingkan dengan planet Marikh, udaranya penuh dengan debu-debu yang akan menyukarkan manusia untuk bernafas. 

    Tanpa pakaian angkasa yang dilengkapi dengan oksigen, manusia perlu menyedut udara di Marikh yang padat dengan karbon dioksida dan gas toksik. Manusia perlu menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Sekiranya kita perlu menyedut karbon dioksida, mustahil untuk kita dapat bernafas dan hidup dengan baik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimanakah situasinya jika kita hidup di Marikh?

    1. Tanah yang pejal untuk berdiri

    Bumi mempunyai tanah yang dihiasi dengan rumput hijau, gunung-ganang dan kutub sejuk yang mempunyai glasier berais. Dengan bantuan graviti, kita dapat berjalan, berlari dan duduk di atas bumi tanpa terawang-awangan di udara.

    Ia berbeza jika kita hidup di Musytari atau lebih dikenali sebagai Jupiter yang hampir keseluruhannya terdiri daripada gas seperti hidrogen, helium dan beberapa gas yang lain. Musytari tidak mempunyai permukaan yang kukuh untuk manusia berdiri. Jika manusia cuba berdiri di atas planet gas yang gergasi ini, anda akan tenggelam dan dihancurkan dek tekanan yang terlalu kuat.

    1. Suhu yang sesuai untuk hidupan

    Bumi mempunyai suhu yang paling ideal kerana ia tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh daripada matahari. Kedudukan bumi dalam sistem suria menyebabkan kita tidak menerima haba yang terlebih atau terkurang. 

    Suhu permukaan purata bumi ialah 17°C yang lebih sesuai dengan kehidupan berbanding suhu kira-kira 500°C di planet berdekatan bumi yang lain. Planet yang lebih jauh daripada matahari pula mempunyai suhu kira-kira 150°C hingga 200°C di bawah takat beku.

    1. Graviti yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah

    Pernahkah anda tertanya-tanya apa akan jadi sekiranya bumi mempunyai graviti yang jauh lebih tinggi? 

    Sekiranya bumi mempunyai graviti yang terlalu tinggi, ia akan menyebabkan darah yang mengalir di dalam badan manusia ditarik ke bawah dan tidak dapat mengalir ke seluruh anggota badan. Selain itu, tulang-tulang manusia juga akan patah kerana tidak dapat menahan tekanan graviti yang tinggi. 

    Tetapi apa pula yang terjadi sekiranya graviti di bumi jauh lebih rendah? 

    Jika bumi tiba-tiba mengalami penurunan atau kehilangan graviti, kita bukan sahaja akan mula terapung seperti yang ditayangkan di dalam filem fiksyen sains. Kekurangan sebarang tarikan graviti akan membuatkan manusia dan objek-objek seperti kereta dan bangunan akan bergerak dengan pantas dan rumbang. 

    Secara amnya, manusia akan hidup dengan suasana yang kacau bilau tanpa graviti yang optimum.

    1. Hanya mempunyai satu bulan
    Hanya mempunyai satu bulan. – Gambar Hiasan David Dibert/Unsplash

    Seperti yang kita tahu, kejadian pasang surut air dan penghasilan ombak dipengaruhi oleh graviti bulan. Oleh kerana bumi hanya mempunyai satu bulan, kejadian pasang surut air boleh diramal untuk manusia menjadi lebih bersedia menghadapi apa-apa bencana alam.

    Apa akan berlaku sekiranya bumi mempunyai lebih daripada satu bulan seperti Zuhal yang mempunyai 24 bulan?

    Kehadiran lebih daripada satu bulan akan memberi impak yang negatif kepada kehidupan di bumi. Ia akan menyebabkan pasang surut air yang lebih ekstrim dan kejadian gerhana bulan dan matahari yang lebih kerap.

    Manusia juga akan menghadapi kesukaran untuk tinggal menetap di kawasan berhampiran pantai kerana air pasang dan surut tidak menentu. Selain itu, ia juga akan menyukarkan penggunaan laluan air untuk pengangkutan kerana tarikan graviti yang tidak stabil daripada bulan yang banyak. 

    Daripada pemerhatian yang dikongsikan oleh para saintis, ada sebabnya mengapa manusia ditakdirkan untuk menjalankan kehidupan di bumi dan bukan di planet lain. Justeru, kita sebagai manusia perlu sentiasa zahirkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk hidup sementara di bumi pinjaman tuhan. – RELEVAN

    Previous Article39 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    Next Article Subvarian baharu Covid-19 lebih mudah merebak, mampu elak perlindungan vaksin

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.