ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,296 kes semalam berbanding 2,762 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,893,733 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,960 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,827,215 kes.
Sebanyak satu kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,463 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,761 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 30,055 kes dengan 28,721 kes atau 95.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,276 kes atau 4.2% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 35 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN