ANGKA jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,256 kes semalam berbanding 2,561 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,877,387 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,363 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,814,421 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,440 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,751 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,526 kes dengan 25,425 kes atau 95.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,054 kes atau 4.0% pesakit dirawat di hospital, 30 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 17 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN