JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,712 kes semalam berbanding 2,023 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,867,192 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,699 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,806,883 kes.
Sebanyak dua kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,417 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,743 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,892 kes dengan 22,854 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,002 kes atau 4.2% pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN