Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 golongan yang mendapat manfaat daripada inflasi

    3 golongan yang mendapat manfaat daripada inflasi

    By Umi FatehahOctober 17, 2022Updated:October 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ini golongan yang mendapat manfaat daripada inflasi. - Gambar Hiasan Ruthson Zimmerman/Unsplash

    LEDAKAN inflasi terhadap ekonomi dunia bukan suatu berita yang baharu. Malaysia yang juga sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.

    Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sebanyak 3.1 peratus setakat Januari hingga Ogos 2022. 

    Seperti apa yang anda dapat perhatikan, harga barangan di pasar raya, minyak petrol dan pembayaran bil-bil semakin meningkat.

    Tidak dapat dinafikan, inflasi membuatkan kebanyakan daripada kita terbeban dek peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

    Pun begitu, merujuk kepada perkongsian Forbes, ada golongan yang mendapat manfaat daripada inflasi.

    Siapa yang mendapat manfaat daripada inflasi?

    • Pelabur saham

    Harga untuk barangan pengguna tidak naik dengan sendirinya. Sebaliknya, faktor pasaran mendorong kepada peningkatan kos. 

    Bagi mengatasi kos yang semakin meningkat, syarikat menaikkan harga barangan dan perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pengguna akhir.

    Secara teorinya, kenaikan harga ini sepatutnya membawa kepada peningkatan nilai syarikat. 

    Jika anda seorang pelabur dalam pasaran saham, manfaatkan nilai yang semakin meningkat ini. 

    Sudah tentu, peningkatan nilai syarikat tidak berlaku di semua industri. Tetapi bagi kebanyakan barangan pengguna ruji seperti makanan, nilai syarikat lebih cenderung untuk meningkat.

    • Pemegang gadai janji dengan kadar tetap yang rendah

    Peminjam yang telah mengunci pinjaman kadar faedah rendah secara relatifnya terlindung daripada kesan negatif daripada inflasi, terutamanya bagi pemegang pinjaman yang agak besar seperti gadai janji.

    Kadar faedah terkunci memastikan pembayaran perumahan bulanan anda stabil. 

    Apabila nilai dolar semakin terhakis, peminjam akan terus membuat pembayaran yang sama tanpa bayaran tambahan. 

    Jika dibandingkan dengan penyewa atau pemilik rumah dengan kadar faedah yang lebih tinggi, inflasi yang meningkat tidak akan mengurangkan kos perumahan dengan banyak. 

    Namun begitu, anda akan terus menggunakan wang yang sudah turun nilainya untuk membuat pembayaran perumahan pada kadar yang sama. 

    Dengan itu, kos perumahan akan menjadi lebih murah dari semasa ke semasa berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai gadai janji kadar tetap yang rendah.

    • Pemegang logam berharga
    Nilai emas secara relatifnya berkesan dalam mengimbangi inflasi dalam jangka masa yang panjang. – Gambar Hiasan Zlaťáky.cz/Unsplash

    Logam berharga yang dimaksudkan ialah seperti emas, perak, platinum dan paladium yang sering digunakan dalam penghasilan barang kemas dan proses perindustrian. Logam-logam ini cenderung untuk mengekalkan nilainya semasa inflasi.

    Sebagai contoh, nilai emas secara relatifnya berkesan dalam mengimbangi inflasi dalam jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, nilai emas tidak sentiasa berada pada nilai yang tinggi.

    Apabila inflasi meningkat, mereka yang terlibat dengan logam berharga berada dalam kedudukan yang kukuh dan tidak terkesan secara negatif dengan inflasi. 

    Meskipun ada beberapa pihak yang memperoleh keuntungan daripada inflasi, hakikatnya yang terkesan dan terbeban adalah lebih ramai.

    Antara golongan yang terkesan ialah pengguna. Pengguna biasa sahaja sudah tertekan, apa lagi bagi golongan yang kurang senang? 

    Selain itu, golongan pesara, penyimpan dan peminjam dengan kadar faedah yang berubah-ubah turut terbeban. 

    Walaupun inflasi secara amnya dianggap sebagai ancaman ekonomi, sesetengah pakar ekonomi berpendapat bahawa inflasi pada tahap yang rendah boleh mendorong kepada pertumbuhan ekonomi.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 persediaan hadapi inflasi, urus wang dengan bijak

    Oleh kerana kita tidak dapat menjangka perubahan kepada ekonomi tempatan dan global, anda dinasihatkan untuk melakukan persiapan dan perubahan gaya hidup untuk menghadapi inflasi. – RELEVAN

    Previous Article1,712 kes baharu Covid-19, 2 kematian
    Next Article Mendalami kerjaya seorang ahli politik

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.