JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,628 kes berbanding 1,291 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,859,136 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,345 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,800,584 kes.
Sebanyak satu kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,407 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,741 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,145 kes dengan 21,199 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 905 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 20 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN