Facebook Twitter
    Trending
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    • Petanda anda perlu mula buat ‘side income’
    • FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 12, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PILIHAN Raya Umum akan dilaksanakan untuk melantik anggota badan perundangan yang baharu. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan satu tarikh pengundian dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran tersebut.

    Menurut kenyataan oleh Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pilihan raya pada 20 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15.

    Sementara menunggu keputusan tersebut dibuat, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang sistem politik negara kita. Bagaimana pilihan raya berlangsung? Patut undi siapa? Siapa yang layak mengundi?

    Relevan akan bersama anda sepanjang tempoh pilihan raya ini berlangsung dengan pelbagai artikel yang dapat membantu anda menjadi lebih celik politik. Ingat, rakyat merupakan tunggak demokrasi sesebuah negara dan rakyat yang terbaik ialah mereka yang mengundi dengan kecelikan politik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan?

    Sebelum bergerak kepada panduan dan maklumat yang lebih terperinci, Relevan bawakan kepada anda panduan asas tentang PRU di negara kita terlebih dahulu.

    Anda boleh gunakan maklumat ini untuk memahami sistem politik kita, khususnya tentang pilihan raya dengan lebih baik dan maklumat-maklumat yang disediakan ini juga berguna untuk anda berfungsi lebih baik dalam kumpulan rakan yang bersembang politik di kedai mamak.

    • Bila PRU pertama di Malaysia diadakan?

    Kalau kita mahu jadi tegas tentang istilah, PRU pertama Malaysia adalah pada 24 April 1964. Ini merupakan PRU pertama selepas Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.

    Namun, ia secara rasmi dinamakan sebagai PRU kedua kerana pada 19 Ogos 1959, PRU pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka telah dijalankan.

    Malah, sebelum itu juga, PRU Tanah Melayu pertama telah dijalankan pada 27 Julai 1955, satu-satunya PRU yang diadakan sebelum merdeka.

    • Kenapa berbeza?

    Ketiga-tiga pilihan raya tersebut memilih ahli untuk majlis perundangan yang berbeza nama. PRU 1955 memilih ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Ketika ini, negara kita belum ada Parlimen kerana kita belum merdeka.

    PRU 1959 pula memilih ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Persidangan pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada 11 September 1959, kira-kira sebulan selepas PRU.

    PRU 1964 pula memilih ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia, selepas Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia.

    • Jadi, mana satu yang pertama?

    Tidak perlu pening. Mana-mana buku sejarah akan mengiktiraf PRU 1955 sebagai PRU pertama memandangkan ia pilihan raya pertama yang memilih ahli Majlis Perundangan di negara ini.

    Tanpa PRU 1955, kita tidak ada wakil-wakil kerajaan dari rakyat tempatan yang berjuang menuntut kemerdekaan. 

    • Berapa jumlah PRU yang pernah diadakan di Malaysia?

    PRU14 pada 2018 ialah PRU yang ke-15 diadakan. Jangan keliru pada nombor yang diletakkan pada setiap PRU itu.

    Seperti dijelaskan di atas, persidangan pertama Parlimen diadakan selepas PRU pada 1959. Nombor yang diletakkan pada setiap PRU itu mewakili jumlah persidangan Parlimen yang telah dilaksanakan.

    Maknanya, pada tahun ini, kita akan menghadapi PRU yang ke-16 dalam sejarah negara, iaitu PRU15.

    PERSIDANGAN Parlimen pertama yang diadakan pada 1959. – GAMBAR PORTAL RASMI PARLIMEN MALAYSIA

     

    • Apa fungsi pilihan raya?

    Secara mudahnya, pilihan raya adalah untuk rakyat memilih wakil mereka dalam badan perundangan, baik di peringkat Persekutuan atau Negeri.

    Sistem pemerintahan negara kita dibahagikan kepada tiga komponen yang ketiga-tiganya dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong. Tiga komponen tersebut ialah perundangan (legislatif), pentadbiran (eksekutif) dan kehakiman (judisiari).

    Pilihan raya memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih wakil mereka dalam badan perundangan. PRU memilih wakil perundangan di peringkat Persekutuan (anda akan mengundi ahli Parlimen) manakala Pilihan Raya Negeri (PRN) memilih wakil perundangan di peringkat negeri (anda akan mengundi ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN).

    • Apa fungsi badan perundangan?

    Badan perundangan mempunyai dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam PRU, kita hanya memilih anggota Dewan Rakyat. 

    Parlimen sebagai badan perundangan berfungsi menggubal undang-undang yang akan dikuatkuasakan di dalam negara. Mahu buat akta baharu? Prosesnya berlangsung di Parlimen. Mahu pinda Perlembagaan Persekutuan? Prosesnya berlangsung di Parlimen juga.

    BADAN perundangan berfungsi menggubal undang-undang yang akan dikuatkuasakan oleh badan pentadbiran. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Parlimen sudah bubar, selepas ini apa?

    Dengan terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober lalu, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh-tarikh penting pilihan raya. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

    SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon. Pada hari ini, parti-parti politik akan mendedahkan nama calon mereka untuk setiap kawasan. Ada juga calon bebas yang akan bertanding, mereka ini tiada parti politik.

    Selepas penamaan calon, akan bermulalah tempoh berkempen sehingga tiba hari pengundian. Anda akan dapat lihat pelbagai ceramah, jelajah dan kempen-kempen lain berlangsung ketika ini.

    • Jadi, bagaimana mahu pilih untuk undi siapa?

    Hal ini perlu satu artikel berasingan untuk dijelaskan secara terperinci. Namun, secara asasnya, anda boleh periksa pencapaian, kredibiliti dan rekod calon anda sebelum mengundi. Jika calon itu pernah bertanding sebelum ini, lihat apa yang telah dilakukan untuk kawasan anda.

    Namun, perlu diingat juga, undi anda bukan sahaja menentukan calon yang akan menduduki kerusi Parlimen di kawasan anda. Secara tidak langsung, siapa yang anda undi juga akan menentukan parti atau gabungan parti mana yang akan memerintah negara.

    Jadi, buat keputusan dengan berhikmah. Gunakan tempoh berkempen selepas penamaan calon untuk menilai bukan sahaja kredibiliti calon, malah kredibiliti parti yang akan anda pilih.

    UNDI anda secara tidak langsung menentukan parti politik yang akan memerintah negara. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Saya tak tahu nak undi siapa. Kalau saya duduk rumah saja waktu hari mengundi, boleh?

    Boleh. Negara kita tidak menetapkan undang-undang yang mewajibkan setiap warganegara yang layak untuk mengundi. Namun, anda akan hilang satu peluang bermakna untuk terlibat dalam proses demokrasi negara.

    Zaman sekarang, maklumat di hujung jari. Tidak ada alasan untuk tidak mengundi, kecuali jika ada halangan-halangan yang tak dapat dielak.

    • Ahli politik semua sama sahaja, baik tak payah undi!

    Akhirnya, pilihan tetap di tangan anda. Jika anda sudah periksa kredibiliti calon serta parti dan tidak ada mana-mana calon atau parti yang anda mahu undi, anda dibenarkan untuk tidak mengundi atau melakukan undi protes.

    Namun, pastikan anda sudah fikir masak-masak. Contohnya, anda tidak mahu mengundi kerana semua ahli politik sama dan tindakan anda itu mungkin menyebabkan parti yang mempunyai rekod yang buruk menang PRU ini. Adakah anda sanggup berhadapan kesan kepada tindakan anda itu?

    Jangan putus asa kepada negara. Dalam pilihan raya, rakyat ialah raja. Masa hadapan negara bergantung kepada tanda pangkah yang anda calit pada kertas undi. Selamat menjalankan tanggungjawab kepada negara! – RELEVAN

    Previous ArticleSelam dunia fotografi bersama Abeden dan Khairul Amin
    Next Article 1 kematian Covid-19, sifar kes di PKRC

    Artikel berkaitan

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026

    Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

    April 29, 2026

    Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

    April 28, 2026
    Artikel Terkini

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026

    Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.