Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan?

    Apa yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan?

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober 2022. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober bagi membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

    Pembubaran tersebut diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Perkara 40 (2) (b) dan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

    Dengan pembubaran tersebut, Persidangan Parlimen Ke-14 yang sedang berlangsung secara serta-merta terbatal. Persidangan Parlimen yang sedang berlangsung merupakan Sesi Mesyuarat Ketiga untuk Penggal Kelima Parlimen Ke-14.

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang terjadi selepas Parlimen dibubarkan? Adakah PRU15 akan segera berlangsung? Adakah negara berada dalam keadaan darurat? Siapa yang menjadi kerajaan?

    Relevan menyediakan panduan lengkap untuk anda mengetahui siri peristiwa yang akan berlaku selepas Parlimen dibubarkan. Jangan risau, anda tidak perlu ijazah atau apa-apa kelulusan untuk tahu perkara asas seperti ini.

    Apa maksud pembubaran Parlimen?

    Menurut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 

    Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, yang dibubar ialah Dewan Rakyat. Dewan Negara tidak tertakluk kepada pembubaran kerana hanya ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui PRU.

    Bila sepatutnya Parlimen dibubarkan?

    Satu Persidangan Parlimen boleh dijalankan sehingga lima tahun. Apabila tamat tempoh lima tahun sejak tarikh Mesyuarat Pertama dijalankan, Parlimen akan terbubar secara automatik. Ini keadaan pertama pembubaran Parlimen.

    Keadaan kedua adalah apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenan permohonan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri apabila Perdana Menteri percaya dirinya telah hilang kepercayaan majoriti ahli Parlimen. Permohonan ini boleh dibuat bila-bila masa dalam tempoh sebelum lima tahun selepas Mesyuarat Pertama Parlimen dijalankan.

    ISMAIL SABRI YAAKOB

    Keadaan ketiga pula adalah apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenan pembubaran Parlimen jika terdapat permintaan untuk berbuat demikian. 

    Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, lazimnya di Malaysia, ia berlaku apabila Perdana Menteri membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen untuk membuka laluan kepada PRU.

    Keadaan ketiga ini yang berlaku dalam pembubaran pada 10 Oktober 2022.

    Selepas Parlimen bubar, terus PRU?

    Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan, PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Ini bermakna, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada pilihan untuk melaksanakan PRU15 pada mana-mana tarikh sebelum 9 Disember 2022.

    Selepas pengumuman pembubaran dibuat, Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen akan diterima pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengesahkan pembatalan segala urusan berkaitan persidangan Dewan Rakyat yang sedang atau akan berlangsung.

    Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudiannya akan memberikan notis pemakluman pembubaran Parlimen kepada SPR. Selepas menerima notis tersebut, SPR perlu melaksanakan mesyuarat khas PRU bagi menetapkan tarikh-tarikh penting PRU.

    Tarikh-tarikh penting ini termasuk writ dan notis pilihan raya, penamaan calon, tempoh berkempen, hari undi awal dan hari pengundian.

    Siapa kerajaan selepas bubar?

    Untuk faham hal ini, kita ulang kaji sedikit tentang sistem pemerintahan negara. Secara asasnya, sistem pemerintahan negara terbahagi kepada tiga komponen  mengikut doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan sejak sekian lama.

    Tiga komponen tersebut ialah perundangan (legislatif), pentadbiran (eksekutif) dan kehakiman (judisiari). Ketiga-tiga komponen ini berfungsi secara bebas dan berasingan demi memastikan keseimbangan serta keadilan dalam pemerintahan negara.

    Badan perundangan diisi oleh dua Majlis Parlimen yang disebutkan tadi, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Mereka berfungsi sebagai penggubal undang-undang negara. 

    PILIHAN Raya Umum akan dilaksanakan untuk melantik anggota badan perundangan yang baharu. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Badan pentadbiran pula diisi oleh Kabinet. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan digerakkan oleh para menteri dan timbalan menteri yang dilantik. Fungsinya untuk mentadbir negara dan menguatkuasakan undang-undang yang digubal badan perundangan.

    Akhir sekali, badan kehakiman berfungsi menegakkan sistem keadilan mengikut undang-undang dan dianggotai oleh Ketua Hakim bersama hakim-hakimnya.

    Yang terlibat dalam pembubaran Parlimen hanya badan perundangan, walaupun kuasa menentukan pembubaran itu terletak pada ketua pentadbiran, iaitu Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

    Maknanya, dalam tempoh Parlimen terbubar, fungsi badan perundangan iaitu penggubalan undang-undang terhenti seketika. 

    Badan pentadbiran masih boleh meneruskan tugas mereka sebagai kerajaan sementara atau interim. Dalam erti kata lain, Perdana Menteri dan menteri lain yang dilantik sebelum ini terus menjadi kerajaan yang menjalankan pentadbiran negara, tetapi mereka tidak boleh menggubal serta meluluskan dasar, polisi atau peruntukan kewangan.

    PRU15 akan melantik ahli-ahli Dewan Rakyat yang baharu dan mereka wajib bersidang dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen. – RELEVAN

    featured pendidikan politik PRU15
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.