Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kira-kira 612,000 orang menganggur pada Ogos, kadar pengangguran kekal 3.7%

    Kira-kira 612,000 orang menganggur pada Ogos, kadar pengangguran kekal 3.7%

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 11, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MALAYSIA kekal dalam status guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran kekal 3.7 peratus pada Ogos. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BILANGAN penganggur pada Ogos 2022 terus berkurang kepada kira-kira 612,000 orang berbanding kira-kira 620,700 orang pada Julai 2022. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran kekal pada 3.7 peratus.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan pasaran buruh pada Ogos kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

    Kata beliau, aktiviti perniagaan serta sosial terus beroperasi seperti biasa telah membolehkan ekonomi pulih semula dengan lebih kukuh dan keperluan tenaga buruh semakin meningkat.

    “Bilangan tenaga buruh pada Ogos semakin kukuh dengan peningkatan sebanyak kira-kira 30,500 orang atau bersamaan peningkatan 0.2 peratus kepada 16.63 juta orang berbanding 16.60 juta orang pada Julai.

    “Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh terus merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 mata peratus kepada 60.7 peratus pada bulan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada 11 Oktober.

    Menurut Mustapa, bilangan penduduk bekerja pada Ogos juga terus stabil dengan peningkatan sebanyak kira-kira 39,300 orang atau 0.2 peratus kepada 16.02 juta orang berbanding 15.98 juta orang pada Julai.

    Jelas beliau, mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor Perkhidmatan terus bertambah, terutamanya dalam aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman; Perdagangan Borong dan Runcit serta aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan.

    Trend sama juga dicatatkan dalam sektor Pembuatan dan Pembinaan manakala guna tenaga dalam sektor Pertanian serta Perlombongan dan Pengkuarian berkurangan.

    “Kategori pekerja yang bergaji meningkat sebanyak kira-kira 22,100 orang (0.2 peratus) kepada 12.17 juta orang pada Ogos berbanding 12.14 juta orang pada Julai, mewakili 76 peratus daripada penduduk bekerja.

    “Pada masa sama, penduduk bekerja sendiri juga meningkat sebanyak kira-kira 17,200 orang (0.6 peratus) kepada 2.8 juta orang berbanding 2.79 juta orang pada Julai,” jelasnya.

    Sementara itu, kata Mustapa, kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif bagi memastikan kadar pengangguran kekal rendah termasuk dengan meneruskan insentif penggajian kepada majikan dan memudah cara pencarian pekerjaan.

    Kata beliau, antara 1 Januari hingga 30 September lalu, seramai 58,550 orang telah mendapat manfaat di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian.

    “Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga telah berjaya melakukan penempatan pekerjaan untuk 143,643 orang dalam tempoh sama,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured kadar pengangguran kerjaya
    Artikel Terkini

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.