Facebook Twitter
    Trending
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    • Bahaya tidur selepas makan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu anugerah dekan setiap semester? Ikuti perkongsian pelajar cemerlang ini

    Mahu anugerah dekan setiap semester? Ikuti perkongsian pelajar cemerlang ini

    By Umi FatehahOctober 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mahu anugerah dekan setiap semester? Ikuti perkongsian pelajar cemerlang ini. - Gambar Hiasan Wan San Yip/Unsplash

    PADA semester akan datang ini, semua pelajar sudah dibenarkan untuk pulang ke kampus dan berpeluang untuk menuntut ilmu secara bersemuka. 

    Sama ada pelajar yang sudah menjadi senior atau pelajar yang baru sahaja melangkah masuk ke alam mahasiswa, masing-masing pasti mempunyai semangat dan cita-cita untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Meskipun mahu memperoleh anugerah dekan atau pensijilan ijazah kelas pertama.

    Anugerah dekan akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan akademik cemerlang yang diukur melalui purata nilaian gred (PNG) iaitu keputusan bagi semester tertentu sahaja dan purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) yang dikira secara purata keseluruhan semester. 

    Persoalan yang kerap bermain di fikiran pelajar universiti ialah bagaimana saya mahu mendapatkan anugerah dekan? Apakah cara pembelajaran yang sesuai?

    Relevan membentangkan beberapa tip untuk mendapatkan keputusan cemerlang setiap semester yang boleh menjadi panduan mahasiswa seperti yang dikongsikan oleh graduan cemerlang daripada Duke University, Daniel Wong. 

    • Kenal pasti berapakah PNG kelayakan mendapat anugerah dekan 

    Setiap universiti menetapkan PNG yang berbeza untuk mendapat anugerah dekan. Jadi, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mengenal pasti berapa PNG yang anda perlu dapatkan untuk memperoleh anugerah dekan.

    Bagi Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang berjaya memperoleh PNG 3.50 dan ke atas sudah layak untuk mendapat anugerah dekan. 

    Dengan ini, anda sudah mempunyai sasaran berapa PNG yang perlu dicapai. Jadikan ia sebagai motivasi dan pembakar semangat ketika belajar.

    • Perancangan akademik yang teliti

    Tidak dinafikan, untuk mendapat keputusan yang cemerlang, penting untuk anda rancang akademik dengan teliti. Perancangan yang teliti akan membuatkan pelajar lebih bersedia untuk melakukan yang terbaik.

    Sepanjang semester, pensyarah akan memberitahu tarikh-tarikh penting seperti kuiz, ujian, tarikh penghantaran tugasan dan projek. 

    Untuk perancangan yang teratur, tandakan tarikh-tarikh tersebut dalam kalendar. Sama ada dalam buku nota atau gunakan aplikasi dalam telefon pintar.

    Anda akan lebih mudah untuk menyusun masa dan anggaran bila anda patut mula membuat ulang kaji untuk kuiz dan ujian akan datang di samping menyiapkan tugasan yang diberi.

    • Latih diri untuk menjadi lebih tersusun

    Daripada meletakkan nota semua subjek di dalam satu fail yang sama, apa kata asingkan kepada fail-fail yang berbeza. Sediakan satu fail berasingan untuk setiap subjek. 

    Selain itu, buat senarai semak setiap tugasan yang diberikan dan susun mengikut tarikh perlu dihantar. Dengan cara ini, anda akan lebih cakna tentang tugasan apa yang perlu disiapkan dahulu dan tidak terlupa untuk menyiapkan apa-apa tugasan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap gred purata.

    Setiap tugasan bernilai kerana ia akan dikira sebagai carry mark iaitu markah yang akan dibawa hingga hujung semester untuk digabungkan dengan markah ujian akhir semester. Ingat, jangan sesekali membuat tugasan sambil lewa. 

    Sekiranya carry mark rendah, pelajar perlu berusaha lebih keras untuk mendapat markah tinggi dalam ujian. Keadaan ini berisiko kerana pelajar belum tentu boleh mendapat markah ujian yang tinggi disebabkan kita tidak dapat meramal apa yang akan ditanya dalam kertas soalan.

    • Jaga kesihatan fizikal dan mental

    Pelajar bukan perlu menghadiri kelas semata-mata. Untuk memaksimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, pelajar perlu aktif dalam kelas dengan menjawab soalan yang ditanyakan pensyarah dan bertanya sekiranya apa yang diajar kurang jelas.

    Untuk kekal aktif dalam kelas, pelajar memerlukan rehat yang cukup. Jadi, penting untuk pelajar mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti iaitu sekurang-kurangnya lapan jam. Jika kekurangan tidur, pelajar akan berasa lesu dan letih dan tidak dapat fokus menerima ilmu dengan baik.

    Kestabilan mental juga asas untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan baik. Sesekali, luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang melapangkan minda seperti bersenam, menonton filem atau bersiar-siar bersama rakan.

    • Belajar bersama kawan-kawan dalam kumpulan

    Dalam proses ulangkaji, anda akan menghadapi saat sukar untuk memahami sesuatu topik. Jadi, belajar dalam kumpulan sedikit sebanyak akan dapat membantu untuk ulang kaji dengan lebih baik. 

    Belajar dalam kumpulan juga boleh menjadi menyeronokkan. Bagi sesetengah pelajar, mereka mudah berputus asa atau kurang bersemangat jika belajar sendirian. Tetapi ada juga yang lebih memilih untuk mengulang kaji seorang diri kerana dapat fokus dengan lebih baik. 

    Terpulang kepada cara belajar masing-masing. Cari kaedah paling sesuai yang dapat mendorong semangat belajar dan memaksimumkan pemahaman.

    Tip tambahan

    • Biasakan untuk mengulang kaji kembali apa yang telah dipelajari dalam kelas dan buat nota ringkas. Tabiat ini akan membuatkan anda lebih mudah mengingati dan memahami apa yang telah diajar.
    • Berkawan dengan rakan-rakan yang cemerlang. Dapatkan tip bagaimana mereka menjaga prestasi akademik.
    • Jangan lokek untuk berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain. Di samping membantu rakan lain untuk lebih mendalami ilmu, kita juga akan menguatkan daya ingatan dan penguasaan dalam pelajaran.
    • Jaga hubungan yang baik dengan tuhan, ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan. Apa dipelajari akan menjadi lebih berkat dan bermakna.

    Kepada mahasiswa sekalian, jangan putus asa untuk terus tingkatkan prestasi akademik. Usaha dan kerja keras tidak akan mengkhianati hasil. Teruslah menimba ilmu agar tidak tersesat dalam kejahilan. – RELEVAN

    dekan featured pendidikan

    Artikel berkaitan

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.