Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bajet 2023: Kekal BKM, subsidi untuk bantu rakyat hadapi cabaran ekonomi

    Bajet 2023: Kekal BKM, subsidi untuk bantu rakyat hadapi cabaran ekonomi

    By October 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHUN 2023 dijangka mencabar untuk ekonomi rakyat Malaysia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PEMBENTANGAN Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober ini akan memberikan gambaran strategi kerajaan bagi menangani cabaran kemelesetan ekonomi yang dijangka melanda dunia tahun hadapan.

    Tidak kira sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini atau tidak, atau kerajaan bakal bertukar atau tidak, Bajet 2023 akan menjadi panduan perbelanjaan dan pendapatan kerajaan pada tahun hadapan.

    2023 dijangka menjadi tahun yang mencabar buat dunia. Bank Dunia dalam kenyataannya pada 15 September lalu berkata, kemelesetan ekonomi global mungkin berlaku tahun hadapan, melihat kepada kenaikan kadar faedah secara serentak oleh bank-bank pusat dunia bagi menangani inflasi.

    Menurut Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass, pertumbuhan global perlahan dengan mendadak dan dijangka terus perlahan apabila beberapa negara mula mengalami kemelesetan.

    “Kekhuatiran utama saya ialah trend ini akan berterusan dengan kesan jangka panjang akan dialami rakyat negara-negara dalam pasaran baru muncul dan ekonomi membangun,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang perlu diperhatikan dalam pembentangan Bajet 2023?

    Malaysia merupakan antara negara dalam kategori pasaran baru muncul (emerging market).

    Sehubungan itu, pembentangan Bajet 2023 akan menjadi tumpuan ramai pemerhati pasaran serta rakyat Malaysia sendiri, bagi mengetahui strategi kerajaan menghadapi cabaran ekonomi pada tahun hadapan.

    Belanja besar

    AHMED RAZMAN ABDUL LATIFF

    Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan kerajaan akan meningkatkan kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam belanjawan kali ini.

    Kata beliau, dari segi perbelanjaan mengurus, beberapa jenis perbelanjaan dijangka terus meningkat, seperti pemberian subsidi, emolumen dan komitmen hutang tahunan.

    “Belanja pembangunan pula akan meningkat kerana tahun ini kerajaan telah mengehadkannya.

    “Oleh itu, projek yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini akan diteruskan tahun hadapan,” katanya kepada Relevan.

    Walau bagaimanapun, menurut Ahmed Razman, defisit belanjawan kali ini dijangka lebih rendah berbanding tahun lalu memandangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara lebih pesat.

    Kata beliau, faktor harga komoditi yang kekal kompetitif dan perbelanjaan yang lebih mampan turut menyumbang kepada pengurangan defisit.

    Defisit Bajet 2022 adalah sebanyak 6.0 peratus, lebih rendah berbanding 6.5 peratus dalam Belanjawan 2021.

    Hadapi kemelesetan

    Cabaran ekonomi pada tahun hadapan perlu ditangani dengan memberi fokus kepada bantuan untuk rakyat. Baik bantuan langsung atau tidak langsung, kekukuhan kewangan rakyat perlu diperkasa supaya kesan kemelesetan dapat diatasi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2023: Fokus penciptaan pekerjaan berkualiti, bawa balik bijak pandai dari luar negara

    Menurut Ahmed Razman, kerajaan telah meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

    Jelas beliau, kedua-dua perjanjian bebas dagangan tersebut akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk meneroka pasaran global dengan lebih luas dan lebih kompetitif melalui penghapusan duti import.

    “Ini akan memberi limpahan ekonomi kepada pekerja tempatan dan seterusnya masyarakat setempat.

    “Pada masa sama, penambahan hasil tahun hadapan membolehkan kerajaan terus memberi bantuan kepada golongan yang masih terkesan,” katanya.

    KAEDAH pemberian BKM dicadangkan ditukar daripada sistem tunai kepada e-baucar. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Ahmed Razman juga berpendapat, kerajaan patut meneruskan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), malah menjadikannya sebagai bantuan berkala berbanding secara sekali beri (one-off) seperti sekarang.

    “Tetapi kaedah pemberian tersebut harus ditukar dari tunai kepada sistem e-baucar supaya tidak berlaku ketirisan.

    “(Dengan cara ini) mereka yang menerima akan berbelanja untuk barangan yang sepatutnya dan juga akan mengurangkan beban kerajaan (yang perlu) mengambil hutang baharu untuk mendapatkan tunai yang akan diagihkan kepada rakyat,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2023: Perkasa kumpulan sokongan dan kaunseling untuk pesakit kanser

    Ahmed Razman juga menjangkakan kerajaan perlu meneruskan subsidi RM80 bilion tahun hadapan demi memastikan kadar inflasi kekal rendah.

    Jelas beliau, kadar inflasi dijangka meningkat melebihi empat peratus pada akhir tahun ini dan tahun hadapan sekiranya tiada subsidi diberi.

    “Jika kerajaan mahu perkenalkan subsidi bersasar, bantuan BKM harus dinaikkan kerana impak subsidi bersasar ialah kadar inflasi yang lebih tinggi,” katanya. – RELEVAN

    Bajet 2023 featured kewangan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.