Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rancang belanja rumah baharu, elak terjerumus hutang

    Rancang belanja rumah baharu, elak terjerumus hutang

    By Umi FatehahOctober 5, 2022Updated:October 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rancang belanja rumah baharu, elak terjerumus hutang. - Gambar Hiasan Towfiqu Bharbuiya/Unsplash

    MEMILIKI rumah sendiri merupakan salah satu impian yang setiap daripada kita ingin capai. Segala cabaran dan penat lelah dalam menguruskan pembelian rumah akhirnya berbaloi ketika menerima kunci rumah.

    Namun, perbelanjaan berkaitan memiliki rumah tidak terhenti pada saat anda menandatangani kontrak gadai janji (mortgage). 

    Bagi yang pertama kali bergelar pemilik rumah, segala kos-kos yang berkaitan dengan pemilikan rumah pasti kelihatan menakutkan dan membebankan. 

    Ya, pinjaman perumahan anda diluluskan, tetapi masih terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

    Jadi, pemilik rumah perlu bijak merancang bajet dan strategi simpanan selepas membeli rumah supaya boleh terus mengukuhkan keadaan kewangan dan tidak terjerumus ke dalam hutang.

    Jangan risau, terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti oleh para pemilik rumah untuk merancang kewangan dengan lebih baik seperti yang dikongsikan di H&R Block.

    • Bijak dalam merancang hiasan rumah dan penggunaan perabot

    Salah satu perbelanjaan terbesar yang ditanggung oleh pemilik rumah ialah menghias rumah baharu. Perabot dan hiasan rumah boleh menyebabkan anda membelanjakan wang dalam jumlah yang besar.

    Setiap orang pasti mempunyai angan-angan yang tersendiri untuk menghias rumah idaman. 

    Di media sosial banyak dikongsikan mengenai inspirasi untuk menghias rumah dengan pelbagai tema dan konsep seperti minimalis, perindustrian, vintaj dan sebagainya.

    Sebelum membuat keputusan untuk membeli perabot baharu, apa kata anda cuba mencari perabot terpakai yang dijual di platform seperti Facebook Marketplace dan Carousell.

    Dalam 10 perabot yang dicari, pasti ada sekurang-kurang dua atau tiga perabot terpakai yang bersesuaian.

    Selain itu, daripada anda membeli semua perkakas dan perabot pada masa yang sama, lebih baik dahulukan pembelian perkakas dan perabot yang penting. Sebagai contoh, peti ais, mesin basuh dan katil.

    • Pantau bil penggunaan utiliti

    Sebelum ini, mungkin kebanyakan daripada kita tidak biasa menguruskan bil utiliti. Mungkin ada yang pernah berpengalaman membayar bil ketika menyewa bersama rakan-rakan. Tetapi, tidak terasa beban kerana bil-bil ditanggung bersama penyewa yang lain.

    Berbeza ketika anda sudah bergelar pemilik rumah. Segalanya diletakkan di atas bahu anda sendiri. Bil yang perlu dibayar akan membawa kepada jumlah yang lebih tinggi kerana perlu menanggung seorang diri. 

    Pun begitu, ada baiknya jika anda pantau penggunaan elektrik dan air agar tidak terlalu membebankan untuk dilangsaikan kelak. 

    • Sediakan dana kecemasan

    Jika masih belum mempunyai dana kecemasan, lebih baik anda mula menyimpan sebahagian daripada gaji untuk kukuhkan dana kecemasan. 

    Mulakan dengan jumlah kecil mengikut kemampuan masing-masing. Contohnya, sebagai permulaan, mulakan dengan menyimpan RM200 dalam tabung kecemasan. 

    Pada bulan-bulan akan datang boleh tingkatkan jumlah sekiranya mampu. Dengan dana kecemasan, ia boleh membantu menampung perbelanjaan yang tidak dirancang yang melibatkan kesihatan, kenderaan dan rumah.

    • Cakna dengan penyelenggaraan dan pembaikan rumah

    Sama ada rumah dibeli berusia ratusan tahun atau baru dibina, terdapat penyelenggaraan dan pembaikan rumah yang perlu dibuat. 

    Memandangkan anda adalah pemilik rumah, segalanya menjadi tanggungjawab anda untuk menyelesaikan masalah ini. 

    Jangan lengahkan urusan penyelenggaraan dan pembaikan dengan alasan mahu menjimatkan wang dan kerosakan itu tidak memberi kesan yang ketara. Kerosakan kecil itu berpotensi menjadi lebih besar di kemudian hari. 

    Jadi, selesaikan pada peringkat awal sebelum segala masalah akan menjadi lebih besar dan akan memakan kos yang lebih mahal.

    • Bayar gadai janji pada masa yang ditetapkan

    Membayar gadai janji tepat pada masanya adalah sangat penting apabila memiliki rumah.

    Di sesetengah tempat, pemberi pinjaman rumah boleh merampas rumah walaupun anda hanya lewat dua bulan dalam pembayaran gadai janji.

    Dengan panduan kewangan sebagai pemilik rumah baharu yang dikongsikan di atas, anda akan dapat memulakan kehidupan baharu dengan perancangan kewangan yang lebih teratur. – RELEVAN

    Previous ArticleBajet 2023: Perkasa kumpulan sokongan dan kaunseling untuk pesakit kanser
    Next Article 2 kematian Covid-19, 2 BID semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.