Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bajet 2023: Perkasa kumpulan sokongan dan kaunseling untuk pesakit kanser

    Bajet 2023: Perkasa kumpulan sokongan dan kaunseling untuk pesakit kanser

    By Zubaidah IbrahimOctober 5, 2022Updated:October 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEJUANG penyakit kanser berharap kerajaan memperuntukkan dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser dalam mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan.- GAMBAR HIASAN/ANGIOLA HARRY /UNSPLASH

    KERAJAAN sangat memberikan penekanan kepada aspek kesihatan apatah lagi ketika dunia diuji dengan pandemik Covid-19 yang memerlukan peruntukan besar bagi menangani isu tersebut.

    Mengimbas kembali pembentangan Bajet 2022, sebanyak RM32.4 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

    Peruntukan tersebut merupakan yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan lantas ia menjadi bukti kerajaan sentiasa mengutamakan aspek kesihatan awam bagi membina daya tahan negara dalam persediaan ke fasa endemik Covid-19.

    Selain itu, dalam mendepani peperangan pandemik Covid-19, kerajaan telah menambah RM4 bilion khususnya untuk meneruskan agenda menangani Covid-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

     

    SATU daripada 10 lelaki dan satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser.- GAMBAR HIASAN/ANNA SHVETS/PEXELS

    Manakala RM2 bilion ringgit lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis,  pakaian perlindungan diri (PPE) dan kit kesihatan.

    Sesuai dengan semangat Keluarga Malaysia, Kementerian Kesihatan juga telah menyumber luar ke hospital swasta dan hospital seliaan kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara.

    Dalam memupuk budaya sihat dan menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat.

    Melihat kepada peruntukan yang komprehensif dalam aspek kesihatan pada Bajet 2022, pastinya ramai menanti-nantikan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

    Antara penyakit yang sering menjadi tumpuan dan memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan ialah kanser.

    Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dianggarkan satu daripada 10 lelaki dan satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser.

    PESAKIT kanser memerlukan kaunseling dan kumpulan sokongan untuk bersemangat meneruskan hidup.- GAMBAR HIASAN/MATTHIAS ZOMER/PEXELS

    Unjuran itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaporkan peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 kes kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.

    Katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi.

    Malah, peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.

    Presiden Pink Unity, Lena Abdullah berharap dalam Bajet 2023, kerajaan akan memperuntukkan dana bagi membantu pejuang-pejuang penyakit kanser dalam mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan.

    LENA

    “Kami mengharapkan lebih banyak peruntukan untuk fasiliti, rawatan kanser dan juga setiap hospital perlu mempunyai kumpulan sokongan.

    “Apabila doktor mengesahkan anda menghidap kanser, pastinya akan terkejut dan bingung maka, mereka sangat memerlukan kaunseling serta kumpulan sokongan untuk terus bersemangat meneruskan kehidupan,” katanya yang juga merupakan salah seorang pejuang kanser sejak 13 tahun lalu.

    Tambah beliau, perlunya ada satu prosedur selepas seseorang itu disahkan mempunyai kanser oleh doktor. Pesakit itu hendaklah dirujuk terus kepada kaunselor atau kumpulan sokongan dan bukannya balik ke rumah dalam keadaan sedih serta terkejut yang akhirnya akan menjejaskan emosi mereka.

    Dalam pada itu, Lena turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang menyediakan bantuan dan perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit kanser.

    “Kebanyakan ahli kami terdiri daripada golongan B40 dan mereka banyak menerima manfaat seperti kimoterapi percuma dan bayaran rawatan yang sangat minimum.

    “Bantuan sebegini sangat menggembirakan pesakit dan meringankan bebanan yang ditanggung mereka,” katanya.-RELEVAN

    B40 Bajet 2022 Bajet 2023 featured kanser
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.