KES baharu jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,445 kes semalam berbanding 1,552 kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,836,999 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,613 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,775,927 kes.
Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,365 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,732 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,713 kes dengan 23,567 kes atau 95.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,105 kes atau 4.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 19 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 22 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN