Facebook Twitter
    Trending
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      December 31, 2025

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ingin melompat kerja? Ikuti 3 peraturan ini sebelum membuat keputusan

    Ingin melompat kerja? Ikuti 3 peraturan ini sebelum membuat keputusan

    By Umi FatehahSeptember 26, 2022Updated:September 27, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SABAN hari, masyarakat semakin cakna tentang kesesuaian kerjaya dan kelayakan akademik dengan gaji yang ditawarkan. Seperti yang sering dikongsi dalam media sosial, ramai yang mengadu bahawa gaji yang dibayar tidak setimpal dengan beban kerja dan pengalaman yang mereka ada.

    Kebanyakan konsultan kerjaya memberi nasihat kepada masyarakat untuk melompat kerja atau lebih dikenali sebagai job hopping. 

    Namun, perlu ada perancangan yang rapi sebelum melompat kerja. Contohnya, pastikan anda sudah bekerja sekurang-kurangnya  selama dua tahun di satu tempat kerja dan mempunyai cukup pengalaman untuk ‘dijual’ kepada majikan baharu.

    Menurut Forbes, kegiatan melompat kerja kebanyakannya berpunca daripada kurangnya peluang untuk maju dalam kerjaya dan kekangan kewangan. Justeru, majoriti masyarakat melompat kerja kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan.

    KEGIATAN melompat kerja kebanyakannya berpunca daripada kurangnya peluang untuk maju dalam kerjaya dan kekangan kewangan. – Gambar Hiasan/Mohd Farizwan Hasbullah (Utusan)

    Kita tidak boleh sewenang-wenangnya melompat kerja. Menurut perkongsian seorang Pakar Sumber Manusia di Epicareer, Anis Suraya Fauziah atau lebih dikenali sebagai Anis Surya, terdapat tiga peraturan yang anda perlu lihat sebelum melompat kerja.

    #Peraturan 1: Menukar industri dan tidak menukar jawatan atau menukar jawatan tetapi tidak menukar industri

    Setiap perbuatan melompat kerja bermatlamat untuk mencari persekitaran kerja baharu, perhubungan baik di tempat kerja, budaya syarikat yang fleksibel dan lain-lain. 

    “Perlu ingat, apabila kos melompat kerja melebihi faedah yang diperoleh jika melompat kerja, ia tidak akan menguntungkan anda. Malah mungkin merugikan,” kata Anis Surya.

    Cadangan untuk memastikan faedah melebihi kos dalam melompat kerja adalah dengan menukar salah satu iaitu sama ada menukar industri sahaja atau menukar jawatan sahaja.

    Berikut merupakan jadual untuk panduan anda sebelum membuat keputusan untuk melompat kerja.

    TAHAP JAWATAN INDUSTRI
    Kesukaran rendah kekal kekal
    Kesukaran sederhana rendah berubah kekal
    Kesukaran sederhana tinggi kekal berubah
    Kesukaran tinggi berubah berubah

    Anis memberitahu, sekiranya mahukan kehidupan bekerja yang mempunyai tahap kesukaran rendah, anda boleh kekal dalam industri yang sama dan masih menggalas jawatan yang sama. 

    Untuk tahap kesukaran sederhana, anda boleh melompat kerja dengan cara memohon untuk jawatan yang berbeza di dalam industri yang sama.

    Ataupun, memohon jawatan yang sama di dalam industri yang berbeza. Bagi tahap ini, anda mempunyai peluang untuk mempelajari pengetahuan dan kemahiran baharu.

    Bagi tahap kesukaran yang tinggi ketika bekerja, anda boleh memohon bekerja di industri yang berbeza dengan jawatan yang berbeza.

    #Peraturan 2: Kekalkan pekerjaan sambil mencari peluang yang lebih baik

    Sekiranya anda berhenti daripada pekerjaan sedia ada tanpa menerima tawaran pekerjaan baharu, ia bukan sahaja akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental, malah akan merisikokan kestabilan kewangan.

    Justeru, cara yang bernas adalah dengan cari pekerjaan baharu ketika masih bekerja. Jangan lakukan keputusan yang terburu-buru dan berhenti kerja tanpa rancangan sandaran.

    CARI pekerjaan baharu ketika masih bekerja. – Gambar Hiasan/Fariz Rusadio (Utusan)

    #Peraturan 3: Pastikan ada kenaikan gaji

    Apabila melompat kerja, perlu pastikan sama ada kenaikan gaji sekurang-kurangnya sebanyak 20 hingga 50 peratus atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi dan mempunyai peluang yang cerah untuk sentiasa meningkatkan taraf pekerjaan.

    PASTIKAN sama ada kenaikan gaji sekurang-kurangnya sebanyak 20 hingga 50 peratus. – Gambar Hiasan/Mohd Farizwan Hasbullah (Utusan)

    “Pastikan kenaikan gaji itu dilihat berdasarkan gaji per jam dan bukan gaji bulanan,” pesan Anis.

    Dalam pada itu, Anis menambah bahawa terdapat tiga situasi yang digalakkan untuk anda melompat kerja.

    “Situasi pertama, apabila dapat melihat syarikat pekerjaan sedia ada anda mempunyai banyak kekurangan dan had. Anda dapat meramal bahawa syarikat ini tidak akan terus berkembang sekiranya anda masih bekerja di syarikat yang sama selama tiga atau 30 tahun akan datang.

    “Syarikat ini juga menunjukkan prestasi yang semakin merudum,” jelasnya lagi.

    Menurut Anis, bagi situasi yang kedua pula sekiranya syarikat industri tidak menunjukkan apa-apa perkembangan, tidak menjana keuntungan dan tidak membayar gaji, anda disarankan untuk berhenti kerja dengan serta-merta.

    Manakala untuk situasi ketiga pula, Anis berkata sekiranya pemilik atau pengurus syarikat tidak menunjukkan kepimpinan yang baik dan tidak mempunyai hala tuju yang strategik, anda dinasihatkan untuk melompat kerja untuk peluang yang lebih baik. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025
    Artikel Terkini

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.