SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,847 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,483 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,806,954 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,148 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,744,636 kes.
Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,285 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,711 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,033 kes dengan 24,752 kes atau 95.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 10 kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,204 kes atau 4.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 22 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 45 kes atau 0.2 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN