Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 1)

    Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 1)

    By Zubaidah IbrahimSeptember 8, 2022Updated:September 12, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WARNA, bau dan kecairan air kencing boleh menjadi petanda kesihatan seseorang. - Foto oleh drobotdean/Freepik

    AIR kencing boleh menjadi petanda masalah kesihatan dan juga boleh ‘memberitahu’ jenis minuman atau makanan yang diambil seseorang menerusi warna, bau dan kecairannya.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, melalui analisa air kencing, seorang doktor dapat ‘meneropong pintu kesihatan’ pesakit kerana banyak bahan yang mengalir dalam darah termasuk bakteria, kulat, protein berlebihan dan gula yang akan keluar menerusi air kencing.

    “Perubahan warna dalam air kencing sangat bermakna, air kencing normal biasanya berwarna kuning yang cair.

    “Warna air kencing kuning pekat terjadi apabila seseorang itu tidak minum air secukupnya, ini bermakna semakin pekat air kencing maka, seseorang itu sedang mengalami dehidrasi yang teruk,” kongsi beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Tambah beliau, untuk menghasilkan air kencing, tubuh memerlukan air. Jika seseorang itu tidak cukup minum air, tubuh akan mengambil air yang sepatutnya menghasilkan air kencing.

    Oleh itu, kuantiti air kencing menjadi sedikit dan pekat. Contohnya, apabila seseorang itu berpuasa dan tidak cukup minum air, air kencing menjadi sedikit dan pekat.

    BAWANG putih merupakan salah satu makanan yang mengubah bau pada air kencing. – Foto oleh Jcomp/Freepik

    “Air kencing boleh menjadi cair apabila minum air berlebihan atau mengambil ubat diuretic iaitu ubat yang memaksa air kencing keluar dengan banyak.

    Artikel Berkaitan: Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 2)

    “Ubat diuretic ini biasanya diberikan pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit lemah jantung, bagi mengurangkan isipadu cecair dalam tubuh bagi membolehkan jantung mengepam darah dengan lebih baik,” jelasnya.

    Air kencing juga boleh berubah warna menjadi hijau atau biru, apabila seseorang itu mengambil ubat tertentu.

    Vitamin akan menyebabkan warna air kencing menjadi kuning pekat, lobak pula menjadikannya berwarna oren dan penyakit porphyria menyebabkan air kencing berwarna ungu pekat.

    Namun, jika seseorang itu mempunyai air kencing berwarna merah, berkemungkinan besar berlaku pendarahan dalam pundi kencing akibat ketumbuhan, terutama pada saluran darah dalam pundi kencing itu. Ia juga menandakan terdapat jangkitan kuman dalam pundi kencing.

    Ujar Zubaidi lagi, perubahan bau pada air kencing juga sangat bermakna, biasanya air kencing berbau hancing sedikit akibat terdapat urea di dalamnya. Ia bergantung berapa banyak protein yang diambil dalam makanan.

    Jika terdapat jangkitan kuman atau ada batu pada pundi kencing, selalunya air kencing menjadi lebih hancing berbanding biasa kerana terdapat lebih banyak urea dan amonia. 

    Air kencing pesakit diabetes pula, selalunya berbau mungkin agak manis dan banyak semut akan menghurung tandas jika tidak dibersihkan dengan sempurna.

    Makanan yang dimakan juga mengubah bau pada air kencing. Sebagai contoh, asparagus, petai, jering dan bawang putih mengubah bau air kencing.

    Ini kerana, makanan tersebut mempunyai bahan sulfur yang dikenali sebagai methyl mercaptan. Kebanyakan kita mempunyai enzim yang dapat menghuraikan bahan itu kepada sebatian sulfur yang memberikan bau yang tidak enak.

    Pun begitu, ada setengah individu air kencingnya tidak berbau walaupun makan makanan tersebut kerana mereka tidak mempunyai enzim yang dapat menghuraikan molekul mercaptan ini.

    Nantikan sambungan artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai air kencing dan kaitannya dengan kesihatan kita. – RELEVAN

    Previous Article85% warga emas dijangkiti influenza meninggal dunia, pakar syor vaksinasi
    Next Article 2,226 kes jangkitan baharu Covid-19

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.