Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 85% warga emas dijangkiti influenza meninggal dunia, pakar syor vaksinasi

    85% warga emas dijangkiti influenza meninggal dunia, pakar syor vaksinasi

    By Umi FatehahSeptember 8, 2022Updated:September 8, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KIRA-kira 85 peratus kematian dan 70 peratus penghospitalan berkaitan influenza berlaku dalam kalangan pesakit berumur 65 tahun ke atas. - Gambar oleh CDC/Unsplash

    KIRA-kira 85 peratus kematian dan 70 peratus penghospitalan berkaitan influenza berlaku dalam kalangan pesakit berumur 65 tahun ke atas.

    Data dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan risiko besar influenza yang boleh menyerang warga emas dengan teruk dan secara tiba-tiba.

    Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Immunise4Life (IFL), Profesor Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, sistem imun manusia semakin lemah dan fungsi paru-paru juga akan merosot seiring dengan peningkatan usia.

    Keadaan tersebut meningkatkan kecenderungan warga emas untuk mengalami komplikasi kesihatan atau kematian, termasuk apabila dijangkiti virus seperti influenza.

    “Influenza mungkin menyebabkan pening yang boleh mengakibatkan seseorang kerap rebah, mengalami gangguan pernafasan dan komplikasi seperti radang paru-paru, radang otak, kegagalan pelbagai organ atau sepsis, iaitu tindak balas sistem imun yang melampau terhadap jangkitan,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Terapkan 7 amalan ini untuk menjalani hari tua yang bahagia dan sihat 

    Menurut Zulkifli, bagi golongan yang menghidap penyakit kronik sedia ada seperti diabetes dan komplikasi jantung, influenza mempunyai potensi untuk memberi kesan yang lebih teruk berbanding golongan yang tidak mempunyai apa-apa sejarah penyakit kronik.

    “Bagi orang yang lebih tua, vaksinasi influenza tahunan telah terbukti dapat mengurangkan risiko penghospitalan dan kematian yang berkaitan influenza sebanyak lebih 40 peratus,” tambah beliau.

    Beliau berkata demikian dalam pelancaran kempen Mencegah Influenza Pada Usia Menjangkau 65 Tahun anjuran IFL yang diadakan di Hilton Petaling Jaya, semalam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fahami wabak influenza dan perbezaannya dengan Covid-19 

    Kempen tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang turut memberi galakan kepada golongan berusia 65 tahun ke atas untuk mendapatkan suntikan influenza setiap tahun bagi menjamin kehidupan hari tua yang bahagia dan sihat.

    Memetik kenyataan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beliau berkata bahawa vaksinasi influenza ialah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit teruk, penghospitalan dan kematian.

    Jelas beliau, vaksin tersebut akan ditawarkan dalam harga di bawah RM100 dan mungkin diberikan secara percuma selepas cadangan pemberian percuma tersebut diusulkan kelak.

    “Bawah RM100 itu sangat berpatutan dan setiap orang (berumur 65 tahun ke atas) patut ambil demi kebaikan mereka sendiri,” katanya. – RELEVAN

    featured influenza kesihatan
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.