JANGKITAN harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,428 kes semalam berbanding 2,067 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,797,437 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,673 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,734,099 kes.
Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,262 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,708 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,076 kes dengan 25,650 kes atau 94.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 18 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,341 kes atau 5.0 peratus pesakit dirawat di hospital, 29 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 38 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN