Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia

    Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia

    By September 1, 2022Updated:September 1, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SIAPA sangka ada spesies burung beracun yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia dan mengundang maut jika menyentuhnya, burung tersebut ialah hooded pitohui atau pitohui bertudung.

    Burung berasal dari Papua New Guinea itu merupakan yang pertama beracun di dunia dan disahkan secara saintifik.

    Masyarakat di negara itu sudah lama tahu mengenai bisa burung itu dan menjauhkan diri daripadanya, tetapi ia agak asing bagi orang Barat yang mengetahuinya secara kebetulan.

    Berita burung beracun itu mula tersebar apabila seorang Pakar Ornitologi, Jack Dumbacher berada di pulau Pasifik bagi mencari burung syurga pada tahun 1990.

    Pada ketika itu, beliau memasang jaring halus di pokok-pokok untuk menangkap burung syurga, tetapi kebetulan tertangkap pitohui bertudung yang memasuki jaring tersebut.

    PITOHUI bertudung menyimpan toksin dalam kulit, bulu, tulang dan organ dalaman dengan kepekatan toksin lebih rendah.- Foto oleh Torbjorn Vik

    Semasa beliau cuba menarik burung-burung itu keluar dari perangkap, burung pitohui bertudung mencakar jarinya dan kemudian beliau memasukkan jari ke dalam mulut untuk meredakan kesakitan.

    Tiba-tiba Dumbacher merasakan bibir dan lidahnya kebas serta terbakar selama beberapa jam lantas beliau mengesyaki gejala itu disebabkan oleh burung itu.

    Peristiwa tersebut secara tidak sengaja menemukan lelaki itu dengan burung beracun pertama di dunia.

    Masyarakat di situ memanggilnya ‘burung sampah’ kerana ia memberikan bau busuk apabila dimasak dan hanya dimakan sebagai pilihan terakhir jika tiada sumber makanan lain.

    Ingin mengetahui lebih lanjut tentang pitohui bertudung dan racunnya, Dumbacher menghantar beberapa bulu kepada John W. Daly di Institut Kesihatan Nasional yang merupakan saintis terkemuka dunia mengenai toksin semula jadi.

    Pada tahun 1960-an, Daly telah mengenal pasti batrachotoxin sebagai toksin dalam katak dart beracun di Colombia dan toksin yang sama ditemui dalam bulu pitohui bertudung.

    SAINTIS mendapati toksin dalam pitohui bertudung sama dengan toksin ditemui dalam racun katak dart Columbia. – Foto oleh kuritafsheen/freepik

    Sebatian batrachotoxin adalah alkaloid steroid neurotoksik yang berfungsi mengganggu aliran ion natrium melalui saluran dalam saraf dan membran otot untuk memberi rasa kebas, lumpuh dan terbakar dalam kepekatan rendah.

    Ia diikuti oleh serangan jantung dan kematian dalam kepekatan yang lebih tinggi.

    Penyelidikan seterusnya mendapati pitohui bertudung menyimpan toksin dalam kulit, bulu, tulang dan organ dalaman dengan kepekatan toksin lebih rendah.

    Sumber toksin dalam pitohui bertudung telah menjadi topik perdebatan hebat dalam kalangan saintis, tetapi ramai berpendapat burung itu tidak menghasilkan racun sendiri.

    Tetapi mendapatkannya daripada diet pemakanan khusus seperti kumbang choresine yang juga mengandungi toksin.

    Sebab mengapa pitohui bertudung itu beracun juga masih belum dapat ditentukan. Saintis percaya ia adalah caranya melindungi diri daripada pemangsa dan parasit. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025
    Artikel Terkini

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.