Facebook Twitter
    Trending
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengingati kembali kronologi detik kemerdekaan 31 Ogos 1957

    Mengingati kembali kronologi detik kemerdekaan 31 Ogos 1957

    By Umi FatehahAugust 26, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tunku Abdul Rahman, 2 dari kiri melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali. - Gamba oleh Imbasan sumber pusat maklumat Utusan Melayu.

    MERDEKA membawa maksud negara yang berdaulat dan mempunyai kuasa tertinggi, tanpa cengkaman dan campur tangan kuasa asing.  Suatu ketika dahulu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan, sejarah mencatatkan kita pernah dijajah selama lebih kurang 446 tahun.

    Bermula dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 diikuti dengan Belanda, British, Jepun dan Siam.  Kesan daripada penjajahan oleh negara-negara tersebut, sedikit sebanyak telah meninggalkan pengaruh yang kuat, khususnya pengaruh British dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.

    Antara usaha untuk mencapai kemerdekaan digerakkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.  Beliau mengetuai delegasi menteri dan pemimpin politik Tanah Melayu dalam misi rundingan kemerdekaan pada tahun 1956 di kota London. 

    Presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA), Tun Dato’ Sri Tan Cheng Lock dan Presiden kelima Kongres India Malaysia (MIC) Tun V.T. Sambanthan juga turut serta dalam rundingan yang berlangsung pada 8 Januari hingga 8 Februari 1956, dalam tempoh kira-kira tiga minggu.

    Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah dimeterai antara Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dengan kerajaan British dan British bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu pada bulan Ogos 1957.

    Mari kita imbas kembali sejarah dengan membaca kronologi detik pemasyhuran kemerdekaan negara pada malam 30 Ogos 1957 seperti yang diceritakan dalam buku teks Sejarah Tingkatan Empat.

    Menjelang malam 31 Ogos 1957

    Sebelum malam 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman berucap menerusi Radio Malaya untuk menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah.

    Dato’ Abdul Razak Hussein juga memaklumkan menerusi Radio Malaya mengenai atur cara sambutan kemerdekaan supaya rakyat boleh melakukan perancangan dan persediaan.

    Dikhabarkan, jalan sekitar Kuala Lumpur sesak dengan kenderaan menunjukkan rakyat Tanah Melayu bersemangat untuk menyambut kemerdekaan sulung negara. Orang ramai mula berkumpul di Dataran Merdeka, menghitung detik untuk mendengar laungan ‘Merdeka’.

    Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura lengkap berbusana baju Melayu hitam yang diketuai oleh Sardon Jubir iaitu Menteri Kerja Raya, Telekomunikasi dan Pos mula mengambil tempat duduk.

    Seramai 300 orang pemuda membentuk barisan kehormat yang diketuai oleh Ismail Bontak mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam).  

    Ismail Bontak – Berdiri, 2 dari kiri. – Gambar MACVA Archives, 2018

    Menjelang jam 11:58 tengah malam, semua lampu dipadamkan sehingga jam besar menunjukkan tepat pukul 12:00. Tunku Abdul Rahman dibawa ke atas pentas dan menghadap tiang bendera.

    Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Tahir Abdul Majid, diiringi dengan mainan lagu God Save the Queen sebagai penghormatan terakhir dan tanda penamat pentadbiran British di Tanah Melayu.

    Setelah itu, bendera kebangsaan Tanah Melayu yang ketika itu masih tidak bernama dinaikkan. Iringan lagu Negaraku pertama kali diperdengarkan kepada rakyat. Pasti ramai yang menitiskan air mata gembira kerana akhirnya boleh hidup bebas tanpa belenggu penjajah.

    Bendera kebangsaan dinaikkan diiringi dengan lagu Negaraku. –
    Gambar oleh Raja Jaafar Ali

    Sejurus sahaja lagu Negaraku tamat dimainkan, Tunku Abdul Rahman mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali dan disambut oleh rakyat. Laungan itu bergema di seluruh perkarangan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.

     

    Kemudian, pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid tampil membawa dulang pingat emas untuk dihadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman.

    Malam Kemerdekaan ini juga menyaksikan detik Tunku Abdul Rahman menerima gelaran “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” apabila dikalungkan pingat emas.

    Pingat tersebut mempunyai ukiran peta Semenanjung Tanah Melayu, wajah Tunku sendiri serta tulisan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” untuk memperingati jasa Tunku bertungkus lumus untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

    Malam bersejarah itu diakhiri dengan ucapan penghargaan Tunku dan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Tuan Haji Massood Hayati.

    Penulis ingin memetik rangkap terakhir puisi ‘Ceritera Pohon Bangsa’ nukilan Shukri Abdullah untuk mengakhiri artikel reminisensi malam Kemerdekaan 31 Ogos 1957.

    Demikianlah mahalnya harga pengorbanan

    Kendatipun nyawa galang gantian

    Di sini pohon tetap agam

    Menyambut cabaran zaman

     

    Kini, ayuhlah semua anak warisan, kita bangkit mempertahankan maruah tanah merdeka ini bukan dengan amarah, sengit perang mahupun berhanyir darah tetapi dengan iman, akal dan makna kemerdekaan yang termahal. – RELEVAN

     

    Previous Article1,271 kes Covid-19 dirawat di hospital
    Next Article 45 jam bekerja, 98 hari cuti bersalin ditunda sehingga 1 Januari

    Artikel berkaitan

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026
    Artikel Terkini

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.