Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahaya bateri terpakai, ini kesan kepada kesihatan dan alam sekitar

    Bahaya bateri terpakai, ini kesan kepada kesihatan dan alam sekitar

    By Umi FatehahAugust 22, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BATERI antara salah satu bekalan tenaga sampingan yang diguna pakai oleh orang ramai, tetapi kebanyakan daripada kita gagal melupuskan bateri terpakai dengan baik. - GAMBAR JOHN CAMERON (Unsplash)

    ANDA berkemungkinan salah satu pelaku yang tidak membuang bateri terpakai dengan baik.  Kesannya bukan sahaja memburukkan alam sekitar, malah bakal merisikokan kesihatan.

    Bateri antara salah satu bekalan tenaga sampingan yang diguna pakai oleh orang ramai, tetapi kebanyakan daripada kita gagal melupuskan bateri terpakai dengan baik. 

    Hal ini kerana, masing-masing tidak cukup jelas bagaimana cara yang betul untuk melupuskan bateri terpakai.  

    Menurut CNN, bateri beralkali seperti AA mempunyai kandungan seperti keluli, zink, mangan, kalium dan grafit. Tenaga mula dijana apabila zink dan mangan berinteraksi.

    Mangan merupakan nutrien penting dalam penghasilan bateri, tetapi tahap kandungan mangan yang tinggi boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan seperti yang dialami oleh bekas pelombong dan peleburan mangan.  

    Mereka mengalami kerosakan saraf kekal kerana terdedah secara berlebihan kepada mangan ketika bertugas.

    Ramai orang kurang sedar dan faham dengan beranggapan bateri hanya sebuah peranti kecil yang tidak akan mencemarkan alam sekitar atau manusia.  

    Setiap jenis bateri berisiko melepaskan bahan kimia yang kemudiannya meresap ke dalam tanah, permukaan air dan bawah tanah. 

    Air dan tanaman yang tercemar oleh bahan kimia yang dirembeskan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Namun, jika mahu dibandingkan dengan semua jenis bateri, bateri beralkali tidak terlalu toksik dan kurang berbahaya.

    Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengelaskan bahan buangan elektrik dan elektronik sebagai e-waste dan dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah kod SW110.  

    Sistem pengumpulan e-waste yang sistematik juga diwujudkan bagi menggiatkan lagi usaha melupuskan bahan elektrik dan elektronik terpakai dengan cara yang betul. 

    Bagi mengatasi masalah kutipan e-waste di kawasan perumahan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bersetuju untuk mengutip e-waste dengan menggunakan kemudahan infrastruktur sedia ada.

    Meskipun kerajaan sudah menyalurkan pelbagai usaha untuk melupuskan bahan elektrik dan elektronik dengan betul, hakikatnya ia masih belum mencukupi dan tidak menyeluruh.

    Masih ramai yang kurang cakna dengan kepentingan untuk melupuskan bahan elektrik dan elektronik terpakai dengan baik.

    JAS telah menyusun senarai tempat kutipan e-waste mengikut negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Anda boleh mengetahui pusat terdekat dengan kediaman masing-masing untuk menjalankan tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar. 

    Jika tiada tindakan wajar yang diambil, tidak mustahil sekecil-kecil bateri akan menjadi salah satu pencemaran alam yang besar sehingga mengancam nyawa dan kesejahteraan manusia.

    Jalankan tanggungjawab anda sekarang untuk masa hadapan yang lebih baik dan selamat. – RELEVAN

     

    alam sekitar featured kitar semula

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.