Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu selesema tomato, simptom, cara jangkitan dan rawatan

    Apa itu selesema tomato, simptom, cara jangkitan dan rawatan

    By Zubaidah IbrahimAugust 22, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DEMAM tomato menjangkiti kanak-kanak dan kes pertama direkodkan di Kerala, India pada 6 Mei lalu.

    PAKAR perubatan di India kini sedang bertarung dengan satu lagi jangkitan virus baharu yang menyerang negara itu dengan kes pertama dicatatkan pada 6 Mei lalu di Kerala.

    Menurut The Lancet,  virus yang digelar demam tomato atau selesema tomato itu telah merekodkan 82 kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. 

    Selain itu, 26 kanak-kanak yang berumur satu hingga sembilan tahun dilaporkan telah dijangkiti penyakit ini di Odisha.

    Penyakit berjangkit itu menyasarkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun dan orang dewasa yang lemah imunisasi, malah ia juga  boleh menjadi varian baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). 

    Apa itu demam/selesema tomato?

    Demam atau selesema tomato menunjukkan simptom serupa dengan Covid-19, tetapi virus itu tidak berkaitan dengan SARS-CoV-2.

    Penyakit itu boleh terjadi selepas kanak-kanak dijangkiti chikungunya atau demam denggi.

    Virus tersebut diberi nama sedemikian berdasarkan letusan lepuh merah dan menyakitkan di seluruh badan yang secara beransur-ansur membesar kepada saiz tomato.

    Simptom

    Gejala utama yang diperhatikan pada kanak-kanak yang dijangkiti selesema tomato adalah serupa dengan chikungunya iaitu termasuklah demam panas, ruam dan sakit teruk pada sendi.

    Beberapa simptom lain iaitu sakit badan, demam dan keletihan adalah sama seperti yang dialami oleh pesakit Covid-19.

    Selain itu, pesakit juga akan mengalami bengkak sendi, loya, cirit-birit, dehidrasi, sakit dan sendi. 

    Gejala lanjutan termasuk keletihan, loya, muntah, cirit-birit, demam, dehidrasi, bengkak sendi, sakit badan dan simptom seperti influenza biasa yang serupa dengan simptom ditunjukkan oleh jangkitan denggi.

    Cara jangkitan

    Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin, menyentuh permukaan tidak bersih dan memasukkan objek terus ke dalam mulut

    Memandangkan virus ini mempunyai persamaan dengan HFMD, jika wabak selesema tomato pada kanak-kanak tidak dikawal maka, penularan mungkin membawa kepada akibat yang serius dengan merebak kepada orang dewasa.

    Diagnosis

    Pesakit yang menunjukkan simptom perlu melalui ujian molekul dan serological untuk diagnosis sama ada denggi, chikungunya, virus zika, virus varicella-zoster atau herpes bagi mengesahkan jangkitan demam tomato.

    Rawatan

    Rawatan untuk selesema tomato adalah sama dengan rawatan chikungunya, denggi dan HFMD. Pesakit dinasihatkan untuk mengasingkan diri, berehat, banyakkan cecair dalam badan dan gunakan span air panas untuk melegakan kerengsaan serta ruam.

    Pengasingan perlu dilakukan selama lima hingga tujuh hari dari hari pertama simptom itu muncul untuk mengelakkan penyebaran jangkitan kepada kanak-kanak atau orang dewasa.

    Penyelesaian terbaik untuk pencegahan ialah mengekalkan kebersihan dan sanitasi yang betul terhadap barangan keperluan dan persekitaran sekeliling.

    Pastikan kanak-kanak yang dijangkiti tidak berkongsi mainan, pakaian, makanan atau barangan lain dengan kanak-kanak lain yang tidak dijangkiti.-RELEVAN

    featured tomato virus
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.