Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Negara kekurangan 10,000 guru di kawasan bandar

    Negara kekurangan 10,000 guru di kawasan bandar

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 11, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JUMLAH di guru di kawasan bandar ketika ini adalah seramai kira-kira 307,000 orang dan masih kekurangan kira-kira 10,000 orang. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEKOLAH-sekolah di kawasan bandar seluruh negara mengalami kekurangan kira-kira 10,000 orang guru, menjadikan isu kekurangan guru di kawasan bandar lebih signifikan berbanding luar bandar dari segi jumlah kekosongan.

    Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin dalam jawapannya kepada soalan tambahan dalam sidang Dewan Negara, semalam.

    Menurut Mohamad, jumlah di guru di kawasan bandar ketika ini adalah seramai kira-kira 307,000 orang dan masih kekurangan kira-kira 10,000 orang. Jumlah kekurangan tersebut lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar dengan jumlah kira-kira 110,000 guru dan 4,732 kekosongan.

    “Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan guru di sekolah termasuk sekolah luar bandar ialah kekurangan bekalan guru,” katanya.

    Walau bagaimanapun, jelas Mohamad, Kementerian Pendidikan mengambil beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu tersebut. Berikut merupakan lima pendekatan yang diambil Kementerian Pendidikan bagi mengatasi masalah tersebut.

    • Jawatankuasa pengambilan dan penempatan

    Kementerian Pendidikan telah menubuhkan jawatankuasa pengambilan dan penempatan guru yang berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar, kurikulum, program dan enrolmen yang memberi implikasi kepada keperluan guru. Jawatankuasa ini akan memastikan keseimbangan dalam pengambilan serta penempatan guru di sekolah-sekolah.

    • Lantikan one-off

    Sehingga 31 Julai 2022, seramai 16,381 orang guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah melalui lantikan one-off. Daripada jumlah itu, seramai 5,944 guru telah ditempatkan di sekolah luar bandar.

    • Penempatan PPP DG41

    Kementerian Pendidikan melaksanakan urusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2022 selepas menerima calon PPP yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang dianggarkan berjumlah 15,761. Jumlah ini merupakan unjuran kementerian untuk bakal graduan dari IPG dan universiti awam.

    • Pertukaran guru

    Kementerian Pendidikan melaksanakan pertukaran guru sebanyak empat kali setahun bagi memudahkan pergerakan guru untuk mengisi kekurangan guru di luar bandar.

    • Kluster mata pelajaran

    Kementerian Pendidikan menggunakan kluster mata pelajaran bagi meningkatkan proses penempatan dan pertukaran guru. – RELEVAN

    Previous ArticleMakanan tinggi potassium bantu kesihatan wanita, kata penyelidik
    Next Article 4,831 kes jangkitan baharu Covid-19

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.