Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan tinggi potassium bantu kesihatan wanita, kata penyelidik

    Makanan tinggi potassium bantu kesihatan wanita, kata penyelidik

    By August 11, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENURUT satu kajian terbaharu, para penyelidik mendapati wanita yang makan pisang, avokado dan salmon boleh mengurangkan kesan negatif garam dalam diet.

    Pasukan penyelidik itu juga menemui bahawa diet kaya potassium dikaitkan dengan tekanan darah lebih rendah terutamanya bagi wanita yang mengamalkan pemakanan tinggi garam.

    “Umum mengetahui bahawa penggunaan garam yang tinggi dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan peningkatan risiko serangan jantung serta strok.

    “Nasihat kesihatan telah memberi fokus kepada menghadkan pengambilan garam, tetapi ia sangat sukar untuk dicapai kerana makanan diproses menjadi sebahagian daripada diet pemakanan kita.

    “Sehubungan itu, potasium membantu badan mengeluarkan lebih banyak sodium menerusi pembuangan air kencing. Kami mendapati, diet potassium dikaitkan dengan keuntungan kesihatan terbesar kepada wanita,” kata Professor Liffert Vogt yang merupakan pengarang kajian di Pusat Perubatan Universiti Amsterdam, Belanda.

    DIET kaya potassium membantu tekanan darah lebih rendah terutamanya bagi wanita yang mengamalkan pemakanan tinggi garam.-Foto oleh Racool_studio/Freepik

    Kajian tersebut melibatkan 24,963 peserta (11,267 lelaki dan 13,696 wanita) yang berumur 40 hingga 79 tahun.

    Para peserta melengkapkan soal selidik mengenai tabiat gaya hidup, tekanan darah dan sampel air kencing.

    Sodium dan potasium dalam air kencing digunakan untuk menganggarkan pengambilan makanan tersebut. Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut pengambilan sodium (rendah/sederhana/tinggi) dan pengambilan potassium (rendah/sederhana/tinggi).

    Para penyelidik menganalisis kaitan antara pengambilan potassium dengan tekanan darah berdasarkan umur, jantina dan pengambilan sodium.

    Para penyelidik menganalisis perkaitan antara pengambilan potassium dan kardiovaskular selepas melaraskan umur, jantina, jisim badan, pengambilan sodium, penggunaan ubat penurun lipid, merokok, pengambilan alkohol, diabetes dan serangan jantung atau strok sebelum ini.

    Dalam kohort keseluruhan, orang yang mengambil potassium tertinggi mempunyai risiko 13% lebih rendah untuk mengalami masalah kardiovaskular.

    Apabila lelaki dan wanita dianalisis, penyelidik mendapati mereka masing-masing mengalami pengurangan risiko sebanyak 7% dan 11%.

    Vogt menjelaskan, keputusan menunjukkan bahawa potassium membantu memelihara kesihatan jantung, tetapi wanita mendapat manfaat lebih baik daripada lelaki.

    “Potassium mempunyai cara tersendiri untuk melindungi jantung selain meningkatkan penyingkiran sodium.

    “Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 3.5 gram potassium dan kurang dua gram sodium (lima gram garam) setiap hari,” terangnya.

    Antara makanan tinggi potassium termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, produk tenusu dan ikan.

    Sebagai contoh, pisang seberat 115 gram (g) mempunyai 375 miligram (mg) potassium, 154g salmon yang dimasak mempunyai 780mg potassium, kentang 136g pula mengandungi 500mg potassium dan satu cawan susu mempunyai 375mg potassium.

    Vogt turun menyarankan syarikat makanan agar menukar garam berasaskan sodium standard untuk alternatif garam potassium dalam makanan yang diproses.

    Selain itu, kita semua harus mengutamakan makanan segar dan tidak diproses kerana kedua-duanya kaya dengan potassium dan rendah garam.-RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.